Kelebihan Teknik Thai


Umum sedia maklum bahawa negara Thailand jauh kedepan dalam teknologi pertaniannya berbanding Malaysia. Penghasilan sumber pertanian mereka sangat luar biasa. Jika pelam kita besar penumbuk, pelam mereka boleh jadi besar betis.

JARAK

Untuk durian, berdasarkan pemerhatian dan input daripada team admin Tanam Durian Teknik Siam yang membuat lawatan ke Chantaburi Thailand mendapati rata-rata tanaman durian terbaru amat memberi perhatian kepada jarak diantara pokok. Dalam erti kata lain, dusun baharu semuanya tanam rapat-rapat, hanya dusun peninggalan sahaja yang pokoknya berjarak hingga 40 kaki sepertimana yang diamalkan di Malaysia.

Berdasarkan info lawatan yang dilakukan di Ladang milik Tuan Haji Khuzaifah Azlan mendapati ladang yang baru dibuka dengan tanaman pokok satu point dengan jarak 7m (dalam baris) x 9m (antara baris). Teknik ini terus diaplikasi selepas lawatan ke wilayah Chantaburi melihat sendiri teknik yang digunakan oleh pengusaha muda di sana.

Semakin dekat jarak antara pokok durian bermakna semakin rapi penjagaan perlu diberikan dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan disamping semakin banyak produktiviti dan mudahnya mengawal kualiti pengeluaran.

    • Jarak antara pokok menjimatkan ruang kosong kerana durian dikatakan mengambil masa untuk melebarkan kanopi kepada 20 kaki.
    • Sesuai diaplikasi oleh kebun-kebun kecil 3 ekar ke bawah kerana dapat memaksimakan pengeluaran dengan kos penjagaan yang boleh dilakukan tanpa sendiri oleh pengusaha sama ada secara penuh masa atau separuh masa.
    • Penjimatan tenaga pengurusan antara pokok ke pokok.
    • Memudahkan kawalan kualiti pengeluaran hasil


BUSUT

Bila anda melihat pokok durian di atas busut, itu bermakna pekebun menggunakan teknik siam. Di Thailand kebanyakkan pokok durian ditanam di atas busut. Jika kawasan luas busutnya melebar sehingga 3 meter, dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah sedia ada.

10 kelebihan tanaman durian di atas busut berdasarkan pengalaman sendiri :

    • Tanah kekal peroi dan longgar dalam tempoh durian mula bertapak.
    • Busut dengan ketinggian 1 - 1.5 kaki dapat memberi masa satu tempoh pengukuhan untuk akar mula berkembang dan membina kedudukan sebelum menempuh tanah asal.
    • Dapat mengelak air bertakung di pangkal/hapir dengan akar/
    • Daapat mengelak dari rumpai liar/patigen/kulat bawaan air semasa hujan.
    • Memudahkan urusan mengawal rumpai kerana tanah longgar/mudah dicabut.
    • Baja butiran tidak akan hanyut ketika hujan.
    • Kawasan busut ketinggian/tiada rumpai memberi satu benteng semulajadi kepada ulat/belalang untuk menyerang.
    • Secara fizikalnya nampak tanah cepat kering, tetapi bila dikorek di dalamnya mengekalkan kelembapan.
    • Dapat mengelak kemalangan termesin pangkal semasa memesin rumput, dapat menyediakan zon khas semasa menabur kompos/mulching dll.
    • Babi tidak berminat dengan pokok di atas busut, 

Air bertakung boleh melemaskan pokok durian dan jika berlarutan boleh membunuh sepertimana yang berlaku di Kampong Gajah,Perak. Pokok berusia ratusan tahun mati akibat banjir luar biasa yang melanda dan air bertakung lebih dari 24 jam.


PRUNNING

Durian tidak seperti sawit, tanam dan terima saja apa.yang keluar daripada pohonnya. Durian lebih fleksibel. Kita boleh tentukan dahan yang tinggal, jumlah tunas dan ketinggian. Durian boleh dikawal mengikut keperluan dan teknik yang diamalkan. Tidak lagi seperti dulu, tanam tinggal dan biarkan pohon itu dengan hala tujunya sendiri. Kita tentukan hala tujunya sekarang!

Prunning akan dilakukan seawal selepas 1 tahun ditanam di ladang. Ianya dilakukan untuk 

    • Pengudaraan
    • Menentukan dahan primer yang ingin disimpan (target) untuk pembuahan.
    • Membuang tunas air yang tidak diperlukan.
    • Memudahkan kita mengesan serangan serangga/kulat pada batang dan dahan.
    • Memudahkan semburan foliar dan racun serangga/kulat.

Jadi tindakan prunning sangat penting untuk menjimatkan aliran nutrien terus kepada pembentukkan kanopi dan tiada pembaziran kepada dahan yang tidak diperlukan. Selain daripada itu, tumbesaran pokok juga akan menjadi lebih cepat apabila pengagihan nutrien berlaku untuk dahan yang minima.


TRAINING

Berdasarkan makluman daripada Sifu, rata-rata pokok durian berbuah lebat pada dahan yang mendatar. Tidak pelik jika anda melihat ada pokok durian yang penuh dengan tali yang menambat dahan ditarik ke tanah. Ini bertujuan untuk melenturkan dahan pokok durian supaya mendatar untuk memaksimakan pengeluaran buah. Pelenturan ini dilakukan khusus untuk dahan yang terlalu menegak naik ke atas.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan durian. Jika kelihatan sudah boleh dilentur, teruskan aktiviti training anda. Dengan tindakan ini yang dianggap belaian manja, akan membuahkan hasil yang berganda dan pemandangan yang cantik pada kanopi.


UHDP - Ultra High Density Planting

Teknik yang digunapakai oleh generasi baru dalam dunia perladangan durian. Kebiasaanya digunakan oleh pekebun luar negara bagi tanaman komersial seperti oren, anggur, apple, dan kini diaplikasikan untuk durian.

Keluar dari kotak! Iaitu kebiasaan cara lama dengan jarak 40 kaki antara pokok, membiarkan dahan keluar ke mana sahaja, membiarkan pokok tinggi melayut, membiarkan pokok bebas tanpa asuhan dan bila dewasa sukar dibentuk dan akhirnya memberi pelbagai masalah seperti kawalan penyakit, serangan musuh tanaman, penyakit kulat dan serangan serangga sukar dikesan, kualiti buah sukar ditentukan, penjarangan buah sukar dilakukan,dan pohon sekah jika buah banyak.


KEBUN KECIL BOLEH TANAM BANYAK DENGAN TEKNIK UHDP.

Ultra High Density Plantation - UHDP yang sebelum ini digunakan untuk pokok-pokok komersial kini turut boleh digunakan untuk pokok durian dan ianya BERJAYA dibuktikan oleh pekebun-pekebun siam. Jadi kenapa kita masih ingin menggunakan teknik lama yang tidak memaksimakan penggunaan tanah yang ada? Ayuh berubah.

Kreativiti pekebun-pekebun siam tidak terhenti hanya pada satu pokok, mereka menanam untuk satu point sehingga 3 pokok. Masih mengekalkan disiplin sedia ada, pokok durian di tanam satu, dua , dan tiga pokok dengan jarak antara satu sama hanya 1 Meter yang membolehkan pekebun panjat, dan mudah untuk pergi ke pokok lain yanpa perlu turun dari pokok. Sesuai dengan mereka yang mengamalkan aktiviti 'petik durian' untuk eksport pasaran luar. Walaupun yang demikian, buahnya masih banyak dan berkualiti tinggi!


 Kredit : duriotourism.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelebihan Teknik Thai"

Catat Ulasan