Durian Duri Hitam - D200 (Black Thorn/Ochee)

Pemenang anugerah Durian Terbaik Pulau Pinang bagi tahun 2011 dan 2012, Durian Duri Hitam (D200) adalah nama yang tidak asing di kalangan penggemar durian tempatan kerana keunikan rasanya yang dikatakan mampu menandingi keenakan Durian Musang King dan Udang Merah. Terdapat beberapa teori bagaimana durian ini mendapat Namanya yang akan diceritakan lebih lanjut di bawah (teruskan membaca).

Durian Duri Hitam yang juga dikenali sebagai Durian Ochee mempunyai rasa lemak, manis dan berkrim serta meninggalkan sedikit rasa pahit selepas memakannya. Selain itu, ia tidak mengeluarkan bau aroma yang kuat. Isinya berbentuk lebih bulat jika dibandingkan dengan durian lain dan biasanya mempunyai warna kuning keemasan.

Asal Usal Durian Duri Hitam

Pokok induk Durian Duri Hitam berasal dari Kampung Lima Kongsi, berhampiran Sungai Bakap yang terletak di selatan jambatan kedua Pulau Pinang. Pokok tersebut telah dirahsiakan bertahun-tahun lamanya walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha durian tempatan kerana pemilik asal iaitu Bagi Kau enggan untuk menjual benih pokok Durian Duri Hitam. Bagi Kau menjumpai benih asal pokok tersebut ketika berada di negara Thailand. Namun begitu, tidak diketahui secara mendalam asal-usul pokok tersebut.

Pada pertengahan tahun 1980-an, Bagi Kau telah memberi keizinan kepada rakannya, Leow Cheok Keong, untuk menanam benih tersebut di ladangnya di Nibong Tebal yang menjadi kebun Durian Duri Hitam komersial yang pertama. Namun begitu, menurut Leow, apabila pokok-pokok pertama mula mengeluarkan buah, hasilnya tidak memberangsangkan di mana ia mempunyai rasa yang manis dan isinya tidak mempunyai struktur lemak berkrim serta rasa yang agak memabukkan. Beliau mengambil keputusan untuk membiarkan pokok tersebut tetapi tidak melaburkan modal untuk membesarkan perusahaan tersebut

Pulau Pinang – Tempat Durian Duri Hitam Jadi Famous

Pada sekitar tahun 2000, Ah Heng iaitu seorang pengusaha durian telah diperkenalkan kepada Durian Duri Hitam dan telah membuat keputusan untuk memotong pokok-pokok Durian D24 di kebunnya untuk dikacukkan dengan benih Durian Duri Hitam. Beberapa tahun kemudian, pokok-pokok tersebut akhirnya menghasilkan buah yang hari ini dikenali sebagai Durian D200.

Durian Duri Hitam mula menjadi buah mulut peminat tegar durian pada tahun 2010 apabila Ah Heng dan duriannya mendapat perhatian media. Mengambil peluang atas populariti tersebut, Ah Heng telah menyertai pertandingan Durian Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang dan memenanginya untuk 2 tahun berturut-turut. Pada tahun 2013, jenis durian ini telah didaftarkan secara rasminya melalui MARDI dengan kod D200 dengan mengiktiraf Leow Cheok Keong sebagai pemilik benih asal.




How to Identify Durian Duri Hitam???

1 Bentuk Durian

Saiz berbeza-beza tetapi mudah dikenalpasti kerana berbentuk seperti labu di mana ia berbeza dengan jenis durian yang lain.

2 Warna Kulit Durian

Kebiasaannya kulit durian duri hitam berwarna hijau kelabu.

3 Bentuk Dan Warna Duri

Ramai yang beranggapan bahawa durian ini mempunyai duri berwarna hitam tetapi sebenarnya kurang tepat. Durian Duri Hitam mempunyai warna duri yang sama seperti durian yang lain iaitu hijau. Pada hujung duri tersebut, terdapat warna perang gelap di mana terdapat teori yang mengatakan bahawa ciri tersebutlah yang menjadi ilham bagi nama durian ini.

4 Bahagian Bawah Durian

Berwarna perang gelap dan tanpa sebarang duri di kawasan tersebut. Terdapat satu tangkai berwarna hitam bahagian tengah di mana ia dikatakan sebab durian ini diberi jolokan Durian Duri Hitam. Garisan berwarna perang gelap juga kelihatan bersambung dengan bahagian bawah di mana ia boleh digunakan sebagai penanda bagi mengopek durian jenis ini.

5 Tangkai Durian

Mempunyai tangkai yang agak pendek dan kontot.

6 Tangkai Durian

Mempunyai tangkai yang agak pendek dan kontot.


Apa rasa Durian Duri Hitam?

Durian Duri Hitam mempunyai rasa berlemak manis, berkrim dengan sedikit pahit (kurang pahit jika dibandingkan dengan Durian XO). Isinya agak tebal walaupun tidak setebal Durian Musang King serta lebih ringan dari segi tekstur. Rasanya boleh digambarkan seperti di antara Durian Musang King dan Durian XO.

Ramai yang menyukai rasa Durian Duri Hitam kerana teksturnya yang lembut dan tidak mengenyangkan seperti Musang King. Aromanya yang unik, wangi dan tidak tajam menjadikannya sesuai bagi santapan mereka yang pertama kali ingin mencuba rasa durian. 


Keunggulan Durian Duri Hitam

Inilah 5 Fakta Unik Seputar Durian Ochee atau durian duri Hitam Yang perlu para petani ketahui. 

  • Mengalahkan Durian Musang king
  • Tembus Harga RM200 Per Kilogram
  • Citarasa Istimewa
  • Tingkat Adaptasi & Produktiviti Tinggi
  • Memiliki Ciri Khas Unik

Harga Durian Duri Hitam

Oleh kerana bakanya yang agak baru, masih belum banyak kebun yang mengeluarkan durian jenis ini di mana ini menjadikan harga Durian Duri Hitam lebih mahal berbanding durian lain. Mungkin dalam beberapa tahun akan datang, harga Durian Duri Hitam akan menurun sebagaimana yang berlaku kepada Musang King.

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, durian ini berasal dari Pulau Pinang dan banyak kebun di negeri-negeri lain kini berusaha gigih untuk mengembangkan baka ini kerana permintaannya yang sangat tinggi.


Kredit ; DuranBear.my

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Durian Duri Hitam - D200 (Black Thorn/Ochee)"

Catat Ulasan