Durian IOI - D168/Hjh Hasmah/Durian Mas Muar

Durian IOI dengan ID pendaftaran D168 Hjh Hasmah atau Mas Muar ini memang popular di kalangan penggemar durian.

Durian yang berduri lembut dan berwarna hijau ini jika dilihat dari jauh seakan-akan masih belum masak.

Mempunyai kulit bersaiz nipis, dan buahnya juga bila dipegang berasa ringan. Buah ini mempunyai berat 1.2KG dan dibeli dengan harga RM30 Sebiji.

Buah sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil (4cm) dan berat purata buah 1.5kg. Mudah dibuka. Isi sederhana besar, pejal, berwarna kuning oren, sederhana tebal dan rasa lemak manis dan sedikit pahit.


Warna kuningnya sangat terang lebih terang daripada gambar yang diperoleh daripada PVP Malaysia, mungkin mengambil kira beberapa faktor seperti pembajaan, lokasi kebun, dan amalan pertanian pekebun.

Kuningnya yang lebih cenderung kepada warna oren sudah pasti membuat hati peminat durian berdebar dan tidak sabar untuk menikmati durian daripada varieti ini. 

Memiliki tekstur isi yang lebih cair daripada D24 atau Musang King, Durian ioi memiliki rasa manis, lemak dan beraroma sederhana. Selain itu bau dan warna mampu menyebabkan kita berkata 'wow!' semasa membukanya!

Walaupun tidak semua berbiji kesep, namun isinya sangat tebal dan 3 ulas sudah cukup untuk menjadikan kita puas menikmatinya.

Berduri panjang dan lembut, kedudukan duri yang agak rapat, kulit nipis, biji kecil dan isi tebal menyebabkan saya berpendapat durian ini diantara varieti durian yang wajib ada di setiap dusun durian di Malaysia. 


PERKARA KETERANGAN
Nombor Pendaftaran Variety : D168
Nama Varieti : Emas Hj. Hasmah
Panjang Buah : sederhana(18cm)
Lebar Buah : sederhana(16cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 1.13:1
Saiz Buah : besar(2.45kg)
Bentuk Buah : bulat
Bentuk Bahu Buah : sedikit rata
Bentuk Hujung Buah : melekuk
Panjang Tangkai Buah : sederhana(4.2cm)
Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.1cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri halus bergabung. tapak kecil
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus pendek
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri kasar sederhana panjang
Bentuk Pangsa Buah : sedikit berkop
Kejelasan Pangsa Buah : sederhana jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : besar dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : lurus tidak bertaup
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : hijau tua
Warna Pangkal Duri : hijau tua
Kesenangan Membuka Buah : senang
Tebal Kulit Buah : sederhana(1.5cm)
Tempoh Masa Matang Buah : awal
Warna Isi : oren
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : sederhana
Kemanisan Isi : manis
Rasa Pahit : tiada
Rasa Lemak : sederhana
Tekstur Isi : halus
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sedikit
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.259
Bil. Ulas Sepangsa : 3
Peratus Biji Penuh : 5.9
Peratus Biji Separuh Penuh : 5.9
Peratus Biji Kesep : 88.2
Saiz Biji : sederhana

Dengan menyajikan sesuatu yang bernilai komersial seperti ini kita dapat memuaskan hati pengunjung dengan menikmati durian yang enak dan berbaloi dengan bayaran yang mereka keluarkan!.


Kredit : Duriotourism.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Durian IOI - D168/Hjh Hasmah/Durian Mas Muar"

Catat Ulasan