Buah Durian Yang Popular Di Malaysia

 Tahu ke ada 11 jenis buah durian popular, khususnya yang digemari di Malaysia? Dengar khabar, harga buah durian di pasaran sudah semakin stabil. Sedikit demi sedikit harga buah durian yang boleh didapati dengan murah pada bulan Jun dan awal Julai 2018 kini dah semakin sukar. Harga buah durian daripada pelbagai jenis bakal kembali ke harga asal, termasuklah 11 jenis durian popular ini.


Jadi, buat penggemar durian ... kalau masih belum merasa buah durian kegemaran, baik cepat-cepat pergi ke mana-mana gerai jual durian selagi harganya masih murah.

11 Jenis Buah Durian Popular dan Digemari di Malaysia

Dalam post kali ini, saya nak berkongsi tentang jenis-jenis buah durian yang popular di pasaran Malaysia.



Saya senaraikan 10 jenis yang ada, yang popular, yang biasa terdapat di pasaran tempatan. Anda mungkin terkejut bila dapat tahu ada nama jenis durian ini yang tak pernah anda ketahui, walaupun anda mengaku bahawa diri anda sebagai hantu durian .. haha.


1. Musang King @ Raja Kunyit D107

Durian Musang King atau Raja Kunyit

Durian Musang King buat masa ini menjadi “raja” kepada raja buah ini. Juga dikenali sebagai butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit, ulasnya yang berwarna kuning terang pasti akan memukau dalam sekali pandang. Kalau dapat durian ini, jangan lepaskan peluang memakannya. Buah ini didominasi rasa manis dan pahit tetapi sangat berkrim menjadikannya pilihan nombor satu.

2. Golden Phoenix/Kim Hong D198

Durian Golden Phoenix atau Golden Pillow

Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, ia bertekstur sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama dan bukan hibrid. Jadi ia memberi rasa buah durian yang sebenar dan sukar diperolehi kecuali di sebelah selatan Malaysia seperti Johor. Kalau nak makan jenis durian ini, wajiblah kunjungi dusun-dusun di Johor!


3. Durian XO @ D24


Antara durian yang paling mudah diperolehi, dijual di semua gerai durian. Berwarna kuning pucat dengan rasa pahit dan bertekstur lembut. Ulasnya lebih kecil tetapi mempunyai isi yang tebal. Lazimnya dijual pada harga RM20 sekilogram ke atas.


4. Durian D24 @ Sultan

Durian D24

Aha… nama buah berangka yang paling popular dalam kalangan penjual mahupun pembeli. Tetapi buah ini juga dikenali dengan nama Sultan berwarna kuning pucat, rasa berkrim dan juga pahit pada masa sama. Durian yang boleh dikategori sebagai jenis harga murah, sekitar RM20 ke atas ini memberi kepuasan setanding durian jenis mahal, kalau anda bertuahlah.

5. Durian D13 @ Golden Bun

Durian D13

Ulasnya berwarna oren, berperasa manis tetapi tidak terlalu kuat. Jenis yang kurang berbau dan mempunyai biji yang besar. Jika anda pertama kali mencuba buah durian, mungkin ini jenis buah yang sesuai. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn dan lazimnya didapati di Balik Pulau, Pulau Pinang. Berharga RM30 ke atas.


6. Durian 101/Hajjah Hasmah @ D168

                                                                        Durian 101

Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, maka sesuailah bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai durian jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut. Harganya juga tidak terlalu mahal mahal lazim disimpul sebagai jenis durian yang bernilai untuk wang.


7. Udang Merah/Red Prawn D175

Durian Udang Merah

Buah ini mempunyai warna yang unik dan menawan iaitu oren kemerahan. Bukan semua yang berani mencubanya kerana rupa warna itu tetapi ia salah satu durian pilihan. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, durian ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan. Terkenal di Pulau Pinang tetapi sekarang itu turut boleh didapati di Pahang dan gerai terpilih di sekitar Lembah Klang.


9. Green Bamboo @ Tekka/Musang Queen D160

Durian Tekka

Pernah lihat jenis durian yang berwarna kuning kusam dengan bayangan hijau? Maka anda sedang menyaksikan durian green bamboo atau nama lainnya, Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai durian.


9. Black Pearl

Durian Black Pearl

Salah sejenis durian yang mahal, sekitar RM50 ke atas. Isinya yang berwarna kuning pucat ini mempunyai rasa yang sedikit pahit, berlemak dan biji yang kecil. Durian ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.


10. Tawa D162

Durian Tawa

Durian tawa @ D162 antara durian yang diburu-buru oleh hardcore durian pahit. Tawa hanya sekadar nama tetapi hakikatnya rasanya yang pahit manis berlemak dan bergas selalu dicari-cari oleh kaki-kaki durian hardcore. Ini antara jenis durian yang sukar ditemui tetapi kalau dapat, cubalah sekali. Jika dilihat, warna dan ulasnya tidaklah begitu menarik tetapi rasanya agak berbeza terutama sekali kepada mereka yang memilih rasa pahit. Lembut berkrim tetapi rasa pahitnya agak kuat dan terus mendominasi walaupun selepas makan.

11. Durian Duri Hitam/Black Thorn @ D200

Durian Duri Hitam

Durian ini juga dikenali sebagai Ochee atau Orchi. Di sebelah utara, tempat saya ni, durian ini dikenali sebagai Durian Duri Hitam. Rasanya memang sedap. Buahnya agak bulat, dengan isinya berwarna oren kemerahan. Rasa manis berkrim sedikit pahit, dengan tekstur yang lembut tetapi kurang serat.

12. Beserah/Tuan Mek Hijau @ D145



13. Tangkai Panjang/Kan Yao @ D158



14. Dato Nina @ D2



15. Monthong @ D159



16. Asfa 50



17. Telur Buaya/Phuang Manee



19. Kop Kecil @ D99

Durian D99

Durian jenis D-99 ini agak mudah untuk didapati. Dari segi saiz buah, ianya selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya halus dan tajam, manakala warnanya hijau gangsa.

Untuk isinya pula, ianya tidak terlampau manis dan baunya juga tidak sekuat bau jenis durian yang lain. Pendek kata, kalau anda tidak berapa suka bau durian yang kuat, bolehlah cuba jenis D-99 ini.

20. Chanee @ D123

D123

Durian D-123 ini dikenali sebagai Durian Chanee. Bentuknya sedikit lonjong berbanding durian yang lain. Kulit durian berwarna hijau keperangan dan teksturnya lebih kasar.

Isinya berwarna kuning, tebal dan rasanya lemak-lemak manis. Baunya juga sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalannya juga dikategorikan sebagai lembik.


21. Hor Lor @ 163

Durian Hor Lor

Rasanya agak manis berbanding durian Udang Merah dari Balik Pulau yang lebih kepada manis-manis pahit.


22. Durian Tembaga @ D118

Durian Tembaga

Dianggap sebagai durian kampung. Durian Tembaga dengan kod pendaftaran di Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D118 merupakan antara varieti yang disukai ramai. Durian Tembaga unggul dari segi nama dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 1970 (46 tahun dahulu) yang pokok indul atau asalnya berada di Kuala Kangsar, Perak. Buah yang sederhana besar ini berbentuk bulat lonjong dan tidak sekata. Kulitnya berwarna hijau perak atau Hijau Tembaga apabila masak. Ia didapati mempunyai duri yang kecil dan tajam dan mempunyai pangsa yang mudah dilihat dari segi rupabentuk buah. Isinya berwarna kuning cerah dan agak tebal. Mempunyai rasa lemak dan manis serta pahit sedikit. Kini durian tembaga kurang ditanam dikawasan lain kecuali di Pusat-pusat Pertanian sebagai germplasma.

Mengikut Wikipedia, sebenarnya di Malaysia terdapat 199 klon durian telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1934 untuk dijadikan piawaian kepada durian yang kini popular di pasaran Malaysia.


Senarai Jenis Buah Durian Popular di Malaysia

Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa.


Kredit : Hasrulhassan.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Buah Durian Yang Popular Di Malaysia"

Catat Ulasan