Durian Tekka D160 (Musang Queen)
DURIAN TEKKA (D160) di beri jolokan sebagai Musang Queem atau Buluh Bawah merupakan salah satu varieti durian yang dikategorikan adalah sebagai antara 10 yang terbaik di Malaysia. Durian (Durio zibethinus) merupakan 'raja segala buah' kerana keunikannya yang tersendiri adalah buah bermusim dengan lazimnya gugur daripada bulan Julai sehingga September setiap tahun sebagai musim utama dan diantara Disember sehingga Mac sebagai berbuah luar musim.
Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam pendaftaran ialah berbuah besar (3kg), bujur panjang, berkulit hijau, duri kasar, pendek dan buah senang dikopek. Ulasnya besar, tebal, pejal dan berwarna kuning oren. Mutunya baik. Rasa lemak manis.
Durian Tekka mempunyai ciri isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulitnya tipis dan mudah dikupas. Buah bagi varieti ini lazimnya bersaiz besar, bujur panjang dimana antara ciri khas adalah terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren. Isinya yang berwarna kuning oren memang menarik dengan mempunyai rasa sedikit pahit dan lemak.
Durian Tekka mempunyai rasa yang hebat dimana ia juga mempunyai bau atau aroma yang kuat serta mengandungi kalori yang tinggi. Kepada peminat durian yang suka akan rasa manis pilih durian Tekka kerana dijamin ia memang manis dengan kandungan gula tinggi dan lemak. Sekali dusah dapat rasa durian Tekka maka peminat durian pasti akan mencarinya lagi selepas itu. Isi durian Tekka biasanya tebal dengan saiz bijinya yang selalunya kecil memberikan kepuasan memakannya. Hanya mengambil 3-4 ulas isi durian Tekka biasanya anda sudah kenyang dan puas makan durian ini. Apabila memilih durian Tekka di gerai buah-buahan tidak perlulah memilih buah yang bersaiz besar kerana buah yang bersaiz sederhana sahaja sudah memadai untuk anda memakannya dan puas hati. Ini kerana isinya tebal, rasa manis dan biji yang selalunya kecil atau kesep memberikan kepuasan sewajarnya. Buah durian Tekka yang beratnya hanya sekitar 3 kg sudah mencukupi untuk dimakan berbanding dengan membeli 3-4 biji durian varieti lain yang kurang popular. Apabila makan isinya yang berkrim dan enak membolehkan anda akan berpuashati dengan varieti durian ini. Isi ini yang dipanggil 'extra creamy' dibahagian luar isinya memberikan rasa melekit yang paling dirasakan berbanding dengan varieti durian lain.
0 Response to "Durian Tekka D160 (Musang Queen)"
Catat Ulasan