Pengenalan Durian



 KETERANGAN AM


Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae

Asal :
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.

Kawasan Utama Tanaman :
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kegunaan :
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.


Kandungan Zat Makanan :



TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 - 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 -12 m.

Daun :
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 - 12 cm panjang dan 2 - 4 cm lebar. Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus.

Bunga :
Terdapat di antara 20 - 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 - 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.

Buah :
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan. Kulitnya berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya mempunyai 1 - 5 ulas biji yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara kuning susu hingga oren.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Di antara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. Berikut adalah perbezaan ciri-ciri klon yang disyorkan :









KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon.

Tanah :
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.

Zon Agro-iklim :
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 - 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50 - 70% klon utama, 20 - 50% dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 - 20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.


AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 - 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.

Jarak Tanaman :
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 - 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.


Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :



Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.


PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :




Serangga :

Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :



Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal dengan menjerat dan menembak.

Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.



KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 - 10 tahun menanam.

Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 - 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 - 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.

Musim :
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. 

Pendebungaan Berbantu :
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.

Penuaian :
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan.



PENYIMPANAN HASIL

Penyimpanan :
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan di antara 1 - 4 hari pada suhu ambien (28°C) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10°C) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan di antara 1 - 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.



EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon utama) ialah RM 90,000.00.

Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM4.00/kg
· NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
· IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
· B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengenalan Durian"

Catat Ulasan