Cara Tanam Durian Di Kawasan Rendah



ARTIKEL 1

Menurut seorang pekebun dan penjual benih durian Musang King [trusted seller] di Malaysia yang terletak di Kota Belud Sabah, ramai pelanggan yang bertanya pada beliau, kawasan atau tempat dan jenis tanah yang sesuai untuk menanam pohon durian.

Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, kebanyakan durian ditanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng bukit dan tempat yang bebas dari takungan air yang lama ketika musim banjir.

Durian tidak sesuai ditanam di kawasan tanah rendah yang sering berlakunya banjir dan airnya bertakung sehingga lebih dari 5 hari serta kawasan yang berpasir dan dekat dengan laut.

Namun, kawasan tanah rendah atau bekas sawah padi yang mempunyai pengaliran yang bagus dan sistematik tidak ada masalah untuk menanam pohon durian.

Sebagai contoh, pekebun durian dari seberang ini membuktikan yang menanam durian di kawsan bekas sawah padi boleh membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Jika anda tonton videonya sehingga habis, beliau banyak berkongsi tips dan petua bagaimana menanam pohon durian sehingga berbuah di kawasan tanah rendah.

Bagi anda yang ada kawasan bekas sawah padi yang luas, saya sarankan untuk menanam durian Musang King kerana nilainya yang lebih tinggi berbanding tanaman lain.

Tidak mustahil sebenarnya tanam durian di kawasan rendah sekiranya tahu teknik yang betul menanam serta penjagaan yang baik, paling penting sistem pengaliran air yang bagus ketika berlaku hujan lebat.

Kredit : MyinfoBerita


ARTIKEL 2

Sebelum Memutuskan Untuk Menanam atau berkebun durian di Lahan Berair Atau Lahan Gambut ada Beberapa Hal Yang Perlu di ketahui , salah satu faktor tanaman durian mengalami kuning dan pertumbuhan lambat salah satunya di sebabkan oleh faktor tanah

Tanaman durian Tidak Menyukai Lahan Yang Banyak Mengandung Air Apalagi sampai tergenang Karena Rawan Akan Serangan Penyakit Akar dan busuk batang , nah salah satu teknik Menanam durian di lahan berair adalah dengan cara memperbaiki draniase dan meninggikan tanah dalam penanaman agar perakaran tanaman tidak langsung terendam oleh air 

Nah Bagaimanakah Cara Menanam durian di lahan berair agar tidak gagal dan cepat subur simak selengkapnya.


ARTIKEL 3

Ramai yang tertanya-tanya, boleh tak tanam pokok durian di kawasan yang berair seperti bekas sawah padi ataupun kawasan yang lembap?

Jawapannya boleh! TIDAK MUSTAHIL tetapi dengan cara atau teknik yang betul. Buktinya anda boleh lihat sendiri pokok durian ditanam ditempat yang berair. Nampak daunnya subur dan rimbun.

Kaedah

  • Durian yang tumbuh di kawasan tanah sawah cepat berbuah dan berbuah lebat, cuma perlu jaga akar dan jaga pH tanah.
  • Lagi satu jika tak nak akar tunjang masuk terlalu jauh kedalam tanah, perlu buat pemangkasan pucuk. Bila pokok renek akar tunjang tidak panjang.
  • Kaedah lain untuk mengelak akar tunjang reput ialah potong akar tunjang semasa menyemai dalam polibag, biar akar serabut yang bekerja keras untuk memberi nutrien pada dahan dan daun.
  • Selain itu, cara meletak ketulan batu atau simen di bawah lubang sebelum tanam pokok, kira-kira 3-4 kaki supaya akar tunjang tidak masuk jauh ke dalam.
  • Sebaiknya buat lubang besar dan isikan tanah merah untuk mengelak reput akar.

Selain durian, kaedah yang sama juga boleh dibuat untuk tanaman lain seperti nangka, cempedak atau mangga.

Untuk pengetahuan, durian tidak tahan lama hidup di kawasan berair, tapi apa salah mencuba teknologi baharu kan? Nanti kita update semula kalau sudah berbuah.

Kredit : Rentas Asia



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Tanam Durian Di Kawasan Rendah"

Catat Ulasan