Kenapa Tanam Pokok Kundang Tak Berbuah?

 

Menjadi tanda tanya dikalangan pekebun apabila segelintir dari mereka yang serik dengan penanaman pokok kundang ni. Malah bertahun-tahun tanam langsung tak membuahkan hasil pertama. Jalan akhirnya terus tebang sulam dengan pokok buahan lain. Namun, tak kesudahan kalau tiada jawapan untuk atasi masalah ini kerana ramai diluar sana masih memburu benih kundang ni.. 

Jadi saya nak ketengahkan 3 perkara yang menjadi pemangkin pokok kundang boleh berbuah: 

1.) Pruning

Pokok kundang ini bakanya meninggi dan mempunyai daun yang tebal. Daunnya rimbun ke dalam kanopi yang menyebabkan terhalang dari cahaya matahari. Justeru, lakukan proses pemangkasan dengan buang keseluruhan daun di dalam dan tinggalkan daun luar kanopi sahaja. 

2.) Suhu

Suhu yang diperlukan untuk pembungaan pokok kundang adalah silih berganti. Purata suhu adalah 20-30°C yang mana suhu tinggi mencetuskan pembungaan dan kemasakan buah lebih cepat. Manakala suhu rendah menjadikan bunga cepat mekar. Mungkin perlis boleh dijadikan hotspot penanaman pokok kundang ni. Waktu bunga mekar biasanya pada bulan November - Disember. 

3.) Gantung lampu pendaflour 

Lampu pendaflour adalah sebagai pengganti cahaya pada waktu malam. Di Thailand, pekebun akan menggantungkan lampu pendaflour ini di dahan - dahan pokok bagi mengalakkan bunga keluar. Hal ini kerana pokok kundang menghendaki cuaca kering lebih lama dari cuaca sejuk. Ketika bunga ini tiba pada fasa kembang, lampu pendaflour ini akan dipadam. Pokok kundang ini terdiri daripada bunga jantina lengkap atau biseksual dan bunga jantan apabila mekar berwarna kuning.

Nah, semoga info ni bermanfaat 😊. Selamat berbuka dan selamat menyambut hari lebaran 1443 H. Moga kita semua sentiasa dalam keampunan dan rahmat Allah S.W.T. 











Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenapa Tanam Pokok Kundang Tak Berbuah?"

Catat Ulasan