SOP Tanaman Pisang


SOP TANAMAN PISANG

SOP tanaman pisang utk sahabat2 yg baru mula menceburi bidang ni.. kebanyyakkn nya ramai sahabat2 kita yg salah sop yg mmmbuat kn tanaman kurang menjadi di sbbkn penjagaan yg salah... kita tnm pisang perlukn modal tenaga masa.. rugi klau tak menjadi...sop ni lbih kpada pisang 6 7 bln dah berjantunnng mcm berangan..nangka..raja..lilin.. dan seangkatan dgn nya... klau tanduk bole rujuk pd yg lbih pakar lg.. sbb xpernah buat kt tanduk.. pandangan sy utama kn sistem air utk dpt kn hasil yg baik... sblm tanam pastikn kawasan trsebut ada sumber air.. air tak bertakung dlm kbun.. tak tenggelam masa banjir.. ini sgt penting utk tnaman pisang.. klau bole elak kn risiko awal sblm tnam ni.. pastikn juga bkn kawasan pasir dan batu gravel 80%.. klau campur lebih pd tanah xpe..

PENYEDIAAN TAPAK

#racun rumput guna ken-up 1 cawan stgh 1 pam.. rumput dah habis mati baru plaw pertama.. biarkn kne kne panas dan hujan lebat... tggu kering 3 4 hari msuk plaw yg ke 2.. bg tanah lg hancur dan cantik... racun lg skali guna ken-up walau pon xde rumput biar rumput lmbt tumbuh..pastikn tanah semua kne racun.. basah sikit lg bgus..nnti pokok dah 2 bulan rumput baru nk tumbuh... biasa org tanam rumput lg tinggi dari pokok pisang.. tu dah kesilapan awal.. byk kerja nk buat.. racun byk nk guna.. kos jd tinggi.. pokok dlm gmbar di bawah dah 1bln stgh.. rumput pn xde lagi.. kne buat mcm tu baru senang kerja kos pon jimat.. lepas tu trus lining jarak ikut di bawah korek lubang trus tnam.. jgn guna racun ni bila dah ada pokok pisang..

JARAK

#7x8 7x9 8x8 8x9 9x9 (unit kaki - buat segi 3 lebih baik)

ni antara jarak yg sesuai..

PEMBAAJAAN

#sebelum tanam bagi 

  • baja akar 1 genggam dlm lubang tabur rata dlm lubang tu bg semua kena baru tanam...
  • yaramila(tabur kelilng pokok secara bulatan)

#bulan 1 yara 16 16 16

  • 1gnggam rapat
  • stgh kaki dari btg

#bulan 2 yara 16 16 16

  • 1genggam rapat
  • stgh kaki dari btg

#bulan 3 yara 16 16 16

  • 1genggam besar
  • 1kaki dri btg

#bulan 4 yara 16 16 16

  • 1genggam besar
  • 1kaki dri btg

#bulan 5 dan bulan seterusnya sampai kluar jantung yara 12 12 17 2 TE / yara 13 13 21

  • 1 genggam besar
  • 1-1.5kaki dri btg

#lps sebulan jadi buah guna yara 10 10 30 1.5mgo 0.2B / mop 60% (potas)

  • 1 genggam besar
  • 1.5kaki dari btg... (selagi blm jadi buah jgn guna baja yg ni sbb nilai k tinggi.. kurang sesuai.. k tinggi hnya utk bulat dan berat kn buah.. bukan besar kan tandan.. tandan besar bgantung pd tanah baja benih dan hujan yg ckup.. )

#umur pokok 2 bln lebih msuk tahi ayam ori... klau guna lori.. bg 1 pokok 3 skop 2 kaki dari btg pokok.. bg keliling..


yg bernasib baik akan jumpa musim hujan mse dah nk kluar jantung.. tandan kn jd besar... klau kne musim kemarau tak boleh buat ape tandan akn jd kecil sikit... lg cantik yg ade guna sistem air... yg tak guna sistem air bgantung pd hujan la..


RACUN RUMPUT

#guna basta no 2 utk jimat kos.. FOSINATE dan seangkatan dgn nya boleh di guna kan.. 1 cawan 1 pam.. pokok 1-2 bln kne pandai meracun.. jgn smpai terkena daun pisang.. klau pokok 3 bln ke atas terkena pd btg xde masalah.. sbb klau pokok kecil lg daunnya masih di bawah.. 1 bln skali kne kawal rumput.. jgn smpai terlalu tebal..


SISTEM AIR

#drip dan sprinkler...drip lbih jimat dari sprinkler dari segi kos dan sumber air..


DAUN

#dari mula tanam hingga jantung cuma cuma buang daun yg kering/kulat sahaja tp tak kurang dari 8 helai daun.. lps jantung tinggal kn 7-6 daun sahaja dan buang daun yg betul2 kering sampai ckup tua daun akn tinggal 2 atau 3 helai je ... 2 minggu skali buang daun yg kering2..


ULAT DAN KULAT DAUN

#bole guna kn 505 (ulat) dan kentil (kulat) guna 20ml setiap 1jenis utk bacuhan 1 pam 18-20liter air.. bole jgk campur skali dgn foliar utk subur kn pokok.. foliar mcm2 jnis ada.. bole pilih sendri.. boleh guna seawal pokok 2 bln hingga 5 bln..


KAWALAN PENYAKIT FUSARIU/MOKO

#tak ada ubat yg bole pulihkn pokok yg dah kne pnyakit.. Tp boleh kawal pokok yg blm kne penyakit.. klau ada yg dah kne penyakit.. pokok akn menjadi layu dan kuning .. korek pokok tu dgn umbi nya skali buang di luar kbun.. guna kn em atau ubat yg bole kawal penyakit sembur pada lubang pokok sakit tu dan keliling pokok yg sihat di kawasan yg sakit tu 2 atau 3 pokok keliling.. klau rajin sembur 1 kbun seminggu skali..


JANTUNG

#klau busuk tak naik ke tandan boleh buang jantung 1-1.5 kaki dari sisir yg bawah.. klau busuk ada nak ke tandan.. panjang kn lg btg jantung tu 2-3kaki.. masalah busuk naik ke tandan lbih pd pisang berangan.. biasa busuk naik pd kawasan air lbih dlm tanah jika musim hujan atau siraman berlebihan waktu pokok dah berbuah...


KESIMPULAN

SOP ni yg paling basic tnaman pisang sesuai utk sahabat2 yg baru menceburi bidang pisang ni... yg pasti otai2 kita lg byk ilmu rahsia2 tersendri.. tu pndai2 la klau nk menuntut ilmu... belajar dari kesilap.. cari punca apa silap nya di mana dan jln penyelesaiannya.. sambil menanam pisang sambil belajar dgn pengalaman tu sendri.. ilmu tak kn pernah habis...

Guna ilmu ni dgn sebaik mungkin.. klau bole kongsi kn pd sahabat yg lain.. insyaallah semoga kita semua berjaya...amin.



GAMBAR JENIS PISANG














Utk kawalan/pencegahan penyakit Moko, Fusarium & Sigatoka..

  • Sila gunakan Superbacti Bravo (Benefial Microbes).
  • RM85.00/botol (4 liter)
  • (Utk 1 ekar pisang dari tanam anak pisang sehingga ambil hasil.)

Utk pembelian sila klik link di bawah ok:-

  • Lazada Online/Green Durio Trading : https://s.lazada.com.my/s.ZBvv3
  • Shopee Online/ shabudinsaid : https://shopee.com.my/product/83634801/1564797210?v=89d...
  • Green Durio Trading : www.wasap.my/601157761928


Kredit : Jutawan Pisang


TIPS PENJAGAAN POKOK PISANG 


  • Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
  • Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
  • Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
  • Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
  • Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
  • Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
  • Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.


MOL Batang Pisang Sebagai Baja Semburan Membesarkan Buah.


Untuk ladang bersekala kecil:

Bahan :

  1. Batang pisang 3 kg
  2. Molasses/gula merah 1 kg
  3. Natural yogurt/yakult 1 botol

Hiris batang pisang halus2 dan masukkan molasses/gula merah dan yogurt. Kacau sebati dan peram selama 7 hari. Tapis dan simpan dlm botol. Lebihan tapisan tanam utk buat baja.

Cara guna:

  • Bancuh 50 ml cairan per 20 litre air tanpa klorin.
  • Sembur setiap pagi atau petang selepas siram pokok.
  • Buah akan jadi besar, inshaAllah.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SOP Tanaman Pisang"

Catat Ulasan