Durian Beserah - D145

 


Durian Tuan Mek Hijau / Beserah didaftarkan dengan Nombor pendaftaran Varieti D145 ini lebih popular dengan panggilan Durian Beserah. Didaftarkan oleh Encik Khidzir Engku Ali dari Beserah, Pahang. Umumnya sedia maklum durian pahang mempunyai citarasa yang unik dan keunikkan ini yang menyebabkan ianya didaftarkan dan kini mendapat penghargaan daripada seluruh peminat durian tanah air. 

Beserah - rasa lemak manis dan sedikit pahit. Ia tidak melekit selain tekstur isinya juga sangat halus dan lembik. Kadar kemanisan 41.4%. Merupakan Juara pada tahun 1981. Sejurus dinobatkan juara, ia didaftarkan 2bulan kemudian dengan kod D145 sebagai nama Beserah atau Tuan Mek Hijau

Sebelum mengulas lanjut, team DT (Duriotourism.com) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN Khidzir Engku Ali yang telah mendaftarkan varieti ini pada 30.10.1981 untuk dinikmati oleh masyarakat Malaysia sehingga pada hari ini. Penghargaan juga kepada PVPM yang menyediakan database lengkap berkenaan maklumat durian ini, serta tidak lupa generasi terkini yang memiliki buah ini iaitu Saudara Lepat Hampeh dan Nor Aimran yang sudi berkongsi gambar terkini Durian Beserah pada tahun 2019. Sememangnya klon ini masih dikembangkan dan dinikmati oleh penggemar durian seluruh negara.

Diantara ciri-ciri buah durian D145 Beserah ialah berbuah besar, berbentuk bulat, warna hijau dan kulitnya sederhana tebal. Ulasnya sederhana tebal, berwarna kuning, ira isinya halus, biji penuh dan sederhana besar. Rasa lemak manis.


Nombor Pendaftaran Variety : D145
Nama Varieti : Beserah
  • Panjang Buah : sederhana(15.5cm)
  • Lebar Buah : sederhana(19.0cm)
  • Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 0.82:1
  • Saiz Buah : sederhana(1.62kg)
  • Bentuk Buah : bulat
  • Bentuk Bahu Buah : sedikit rata
  • Bentuk Hujung Buah : rata
  • Panjang Tangkai Buah : sederhana(4.0cm)
  • Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.25cm)
  • Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri kasar
  • Susunan Duri DiHujung Buah : duri kasar
  • Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri kasar panjang
  • Bentuk Pangsa Buah : tidak berkop
  • Kejelasan Pangsa Buah : tidak jelas
  • Jenis Duri Antara Pangsa Buah : kecil dari duri pangsa
  • Keadaan Duri DiPangsa Buah : sedikit bengkok bertaup kedalam
  • Warna Hujung Duri : perang
  • Warna Tengah Duri : hijau tua
  • Warna Pangkal Duri : hijau tua
  • Kesenangan Membuka Buah : senang
  • Tebal Kulit Buah : nipis(0.85cm)
  • Tempoh Masa Matang Buah : sederhana
  • Warna Isi : kuning
  • Saiz Ulas : sederhana
  • Tebal Isi : sederhana
  • Kemanisan Isi : sederhana
  • Rasa Pahit : sedikit
  • Rasa Lemak : kuat
  • Tekstur Isi : halus
  • Kepejalan Isi : lembik
  • Aroma Isi : sederhana
  • Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.265
  • Bil. Ulas Sepangsa : 4
  • Peratus Biji Penuh : 78.9
  • Peratus Biji Separuh Penuh : 15.8
  • Peratus Biji Kesep : 5.3
  • Saiz Biji : sederhana

Sumber : http://pvpbkkt.doa.gov.my






Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Durian Beserah - D145"

Catat Ulasan