Kenali Rumput Karpet Dan Jenisnya

Rumput Karpet Asli

Rumput karpet asli merupakan rumput sebenar namun ia tidak bertumbuh seagresif rumput biasa dan lebih mudah dijaga. Sudah tentu rupanya nampak seperti karpet seperti namanya.

Terdapat 4 jenis rumput karpet asli yang dijual di pasaran, iaitu:

  1. Rumput karpet lembu
  2. Rumput karpet mutiara
  3. Rumput karpet Filipina
  4. Rumput karpet Jepun



Apa Itu Rumput Karpet Lembu?

Rumput karpet lembut dikenali sebagai Axonopus compressus yang merupakan rumput mudah ditemui di tepi jalan, kawasan taman, kawasan pembuangan dan ladang. Ia paling sangat sesuai ditanam di kawasan persekitaran yang lembap, hangat dan sederhana teduh.

Rumput jenis ini tidak perlu risau untuk dipijak dan tidak mudah rosak sewaktu dipijak. Namun, ia tidak dapat menahan keadaan yang terlalu berair untuk jangka masa yang lama. Tetapi, ia mudah tumbuh dalam pelbagai keadaan tanah tidak kira tanah berpasir ataupun tanah liat.


Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Lembu?

Terdapat dua jenis rumput lembu:


Varian 2 Kelopak:

Varian 2 Kelopak: Gambar dari Cowgrass

Varian dua kelopak mempunyai bilah daun yang lebih besar daripada varian tiga kelopak dan mempunyai warna hijau yang lebih gelap. Ia adalah baka yang lebih utuh dan membiak dengan lebih cepat daripada varian tiga kelopak.

Varian 3 Kelopak:

Varian 3 Kelopak: Gambar dari Feedipedia

Rumput lembu tiga kelopak sangat popular untuk padang rumput kekal sebagai penutup tanah. Ia mempunyai ciri tona berwarna hijau zamrud dan mempunyai daun lebar yang menarik dari segi nilai estetika.

Rumput karpet lembu sangat digemari oleh kerana kebolehsuaiannya dalam tanah yang kurang subur dan iklim tempatan yang lembap serta keupayaannya untuk membesar dalam keadaan teduh.


Apakah Kelebihan Dan Rumput Karpet Lembu?

Rumput karpet lembu adalah sejenis rumput yang mudah tumbuh di mana-mana, sangat tahan lasak dan sering digunakan di merata-rata tempat. Contohnya seperti taman permainan, bahu jalan dan tempat-tempat untuk beriadah. Ia juga sangat tahan dari terkena segala serangan perosak, penyakit, cuaca yang tidak menentu dan rumput liar. 

Selain itu, ia tidak perlu dibaja dan tidak memerlukan banyak air disebabkan oleh cuaca yang panas dan kering dalam tempoh beberapa minggu. Ia sangat mudah tumbuh dengan kadar air yang banyak dan kesuburan tanah.

Penggunaan rumput jenis ini perlu dijaga dengan baik. Ia perlu perlu dipotong dengan sangat kerap, lebih kurang 2 minggu sekali kerana rumput lembu sangat mudah untuk membiak dalam masa yang singkat apabila keadaan tanah subur dan sering terkena hujan. Selain itu, dari segi bentuk fizikal pula, permukaan rumput karpet lembu tidak begitu rata dan tidak kelihatan seperti karpet.


Berapakah Harga Rumput Karpet Lembu?

Terdapat 2 jenis rumput Cow Grass yang sering dibekalkan oleh penjual rumput.

Rumput Cangkul.

  • Saiz untuk sekeping adalah lebih kurang 1 kaki panjang dan 1 kaki lebar.
  • Harga sekeping rumput karpet lembu (27cm x 57cm) adalah dalam lingkungan RM1.50 tidak termasuk upah pemasangan.

Rumput Mesin (Sod Cutter)

  • Rumput jenis ini sering diguna pakai dalam kuantiti yang besar seperti padang bola.

Di manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?

  • Rumput jenis ini juga boleh dibeli di platform online.. Beli di Shopee


Apa Itu Rumput Karpet Mutiara?

Hemianthus micranthemoides, juga dikenali sebagai rumput mutiara dan rumpai mutiara, ialah tumbuhan akuatik popular yang paling biasa digunakan dalam akuascaping. Ia menyerupai tumbuhan akuarium tetapi mempunyai daun yang agak besar. Ia tergolong dalam tumbuhan akuarium yang biasanya dikenali sebagai rumpai mutiara.


Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Mutiara?

Rumput Mutiara kelihatan lebih kurang seperti rumput lembu tetapi mempunyai daun yang lebih pendek, bulat dan tebal. Secara kebiasaannya, bilah rumput lain akan tumbuh secara menegak, tetapi berbeza dengan rumput karpet mutiara, ia tumbuh mengiring dan mendatar di atas tanah.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Mutiara?

Rumput karpet mutiara tumbuh dengan baik mengikut kesesuaian tanah. Tanah yang sesuai untuk rumput jenis ini adalah yang mempunyai keadaan berpasir dan bersaliran baik. Selain itu, ia sesuai ditanam di kawasan separa teduhan dan mempunyai toleransi yang tinggi terhadap cuaca panas yang berpanjangan.

Disebabkan pertumbuhannya agak perlahan, ia tidak perlu dipotong secara mingguan mahupun bulanan. Di samping itu, ia juga berupaya mengurangkan tekanan karbon di persekitaran secara semula jadi dan dapat menjadikan halaman rumah sentiasa kelihatan subur dan menarik.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Mutiara?

Rumput mutiara memerlukan lebih banyak air berbanding rumput lembu untuk pertumbuhan yang baik dan ia tidak tahan lasak.

Kadar pertumbuhan rumput ini adalah lebih perlahan dan ia lebih menyukai kawasan yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Jika terlalu terdedah, ia memerlukan penyiraman yang kerap. Jika tidak, bahagian tepi bilah akan bertukar menjadi warna coklat.

Jika rumput ini terlalu terdedah dengan air bertakung selepas hujan, berkemungkinan akan mudah dijangkiti kulat dan boleh menyebabkan rumput itu cepat mati.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang agak perlahan akan membenarkan benih lain yang ditiup ke dalam kawasan rumput tersebut atau taman dan berakar dengan mudah.

Rumput jenis ini tidak perlu dipotong dan hanya memerlukan kerja merumput sahaja. Sekiranya tidak dijaga, berkemungkinan peluang untuk rumput liar dan rumpai mudah membiak pada kawasan tersebut jika tidak melakukan aktiviti merumput.


Berapakah Harga Rumput Karpet Mutiara?

Harga untuk rumput jenis ini juga tidaklah begitu mahal, biasanya ia dijual dengan harga RM3.50 sekeping.


Di manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?

Platform yang paling laris menjual rumput karpet mutiara adalah


Apa Itu Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina adalah rumput musim panas yang boleh dikatakan pada ketika ini sudah mula ditanam secara meluas di kawasan tropika dan subtropika. Selalunya rumput karpet Filipina ditanam di taman, stadium dan sebagainya.

Ia tumbuh dengan perlahan dan membiak melalui “rhizomes dan stolon”. Tetapi ia juga boleh membiak melalui biji benih.

Rumput Karpet Filipina : Gambar dari Johor cowgrass

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina lebih halus berbanding rumput lembu dan rumput mutiara. Rumput ini agak tahan lasak kerana mempunyai akar yang kuat. Jika anda menyiramnya secara kerap, lama kelamaan akar akan  menjalar bersatu dengan tanah. Selepas itu, anda tidak perlu lagi menyiramnya lagi walaupun pada ketika itu cuaca panas.

Apabila dijaga dengan baik, ia akan menjadi warna yang lebih cerah. Walau bagaimanapun, terlalu kerap menyiramnya akan membuatkan ianya lebih cenderung untuk bertukar kepada warna yang lebih gelap.

Rumput Filipina memerlukan sinaran cahaya matahari penuh sepanjang hari. Apabila sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, ia akan tumbuh lebih cepat dan lebat.

Rumput Filipina perlu dijaga dengan baik dengan melakukan pemotongan 2 kali sebulan.


Apakah Kelebihan Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina sangat sesuai ditanam pada kawasan halaman rumah. Hal ini kerana, rumput ini mudah dijaga, tahan lasak dan tahan serangan dari serangga perosak.


Apakah Kekurangan Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina sangat memerlukan pendedahan terhadap cahaya matahari sepanjang masa. Jika tidak, ia akan cepat panjang dan fizikalnya menjadi tidak rata.

Selain itu, rumput karpet Filipina agak agresif dan cepat menjalar sehingga dapat membantutkan pertumbuhan rumput lain di sekelilingnya. Ia juga perlu dipotong secara kerap sekiranya terlalu panjang. Apabila rumput karpet Filipina membesar terlalu tinggi, cara terbaik untuk menjadikannya pendek semula adalah dengan cara memangkas bahagian rumput tersebut.


Berapakah Harga Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina lebih mahal berbanding rumput karpet lembu. Biasanya ia dijual dengan harga hanya sekitar RM3.


Di Manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?


Pada masa kini, boleh dikatakan banyak kedai online yang menjual rumput karpet Filipina ini.

Beli di Shopee


Apa Itu Rumput Karpet Jepun?

Rumput karpet Jepun atau nama saintifiknya Zoysia Grass adalah rumput karpet yang berasal dari negara Jepun. Selalunya ia juga digelar rumput Zoysia Matrella, Zoysia Japanica dan Zoysia Tenufolia.

Rumput karpet Jepun : Gambar dari Pennington

 

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Jepun?

Warnanya hijau muda seakan Serangoon Grass tetapi jeraminya lebih keras berbanding rumput lain.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Jepun?

Rumput kerpet Jepun cukup terkenal dengan keupayaannya dalam menahan kepanasan, kemarau dan geseran tapak kaki yang kerap di permukaannya. Bercerita mengenai pertumbuhannya, rumput yang agak lasak ini boleh menghasilkan satu kawasan yang kelihatan yang cantik dan kemas apabila pandai diuruskan.

Faktor kesesuaian persekitaran penggunaan bergantung pada tempat tinggal dan cara penjagaan supaya ia sentiasa dalam keadaan baik.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Jepun?


1. Sukar Untuk Dijaga

  • Kesukaran yang sering dihadapi oleh orang ramai adalah penjagaannya. Walaupun ia boleh ditanam dari benih, kaedah yang paling biasa dan paling mudah untuk memastikan tumbuh dengan baik adalah dengan menggunakan kaedah “Sod atau Plugs”.
  • Sebaik sahaja rumput tumbuh panjang, ia akan menjadi sukar untuk dipotong menggunakan pemotong rumput kerana daun dan batangnya agak keras. Tambahan pula, ia boleh merosakkan mesin rumput tersebut. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan memotong cara menegak dengan menggunakan “reel mower”.

2. Perubahan Warna Mengikut Musim

  • Walaupun dijaga dengan baik, rumput karpet Jepun tidak akan kekal dengan menghijau sepanjang tahun. Hal ini kerana, ia akan bertukar mengikut keadaan musim dan cuaca. Sebagai contohnya, pada musim luruh ia akan menjadi tidak aktif dan bertukar menjadi warna coklat sehingga tibanya musim bunga. Namun, cuaca di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap memberi kesan yang minimal kepada pertukaran warnanya.
  • Apabila lapisan jerami rumput melebihi 1 inci, ia perlulah dipotong dengan pemotongan cara menegak dan teras pengudaraan juga perlu dilakukan supaya rumput sentiasa dalam keadaan baik. Dengan melakukan pengudaraan, ia dapat menghidupkan semula rumput tersebut dengan mengeluarkan setengah inci teras yang tidak diperlukan. Dengan itu, ia dapat membenarkan udara dan air supaya mudah memasuki tanah.

Berapakah Harga Rumput Karpet Jepun?

Harga untuk rumput karpet Jepun ini adalah yang paling mahal berbanding jenis rumput asli yang lain. Harga sekeping rumput karpet Jepun berukuran 27cm x 57cm ialah RM 4.90.


Kedai Online Manakah Menjual Rumput Karpet Jepun?

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.


Kredit : https://gilerdeco.com/jenis-rumput-karpet/

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenali Rumput Karpet Dan Jenisnya"

Catat Ulasan