Ternakan Lobster Air Tawar (LAT) - Pengenalan
PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR
Lobster Air Tawar (LAT) atau nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan spesies yang dikenali sebagai Red Claw (disebabkan terdapat warna merah pada kedua sepit lobster jantan).
Lobster Air Tawar (LAT) ini juga adalah satu genus termasuk dalam kelompok udang (krustasia) air tawar yg memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di perairan air tawar.
Habitat asal Lobster Air Tawar adalah di danau, paya, dan sungai didaerah pergunungan di Australia.
Terdapat lebih 1,000 spesies Lobster Air Tawar (LAT) di seluruh dunia namun spesies Red Claw ini merupakan spesies paling banyak dibuat kajian untuk ternakan komersial kerana kadar pembiakan dan tumbesarannya yang cepat jika dibandingkan dengan spesies lobster air tawar yang lain.
Selain itu, Lobster Air Tawar (LAT) ini juga mudah untuk diternak dan mempunyai ketahanan terhadap serangan penyakit yang tinggi.
Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.
Microbiologi sepanjang hidup seekor LAT, ia akan melalui beberapa kali proses salin kulit. Ia berlaku bila tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya tidak lagi dapat menampung saiz bentuk badan yang baru.
RUPA BENTUK AM LOBSTER AIR TAWAR
LAT adalah haiwan yang tidak memiliki tulang dalam tetapi mempunyai permukaan badan atau organ luar yang diliputi dengan cengkerang. LAT terbahagi dua bahagian iaitu kepala dan juga badan. Cengkerang yang menutup bahagian kepala bertujuan untuk melindungi organ otak, insang, hati dan organ endokrin.
Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dgn kepala dan sepasang penyepit yg lebar dan panjang. Sepasang antena berperanan merasa,meraba makanan dan persekitaran.
Manakala lima pasang kaki belakang berperanan untuk berenang. Kaki renang digunakan utk bersihkan telur dan larva dari kekotoran. Selain itu, empat pasang kaki di bahagian tengah digunakan untuk berjalan.
MENGENALI JANTINA LOBSTER AIR TAWAR
Jantan (gambar kiri) dan Betina (gambar kanan)
Cara membezakan jantina LAT pada keluarga Cherax ialah dengan memeriksa kaki pertama dan kaki ketiga dikira bermula dari ekor. LAT jantan mempunyai benjolan di kiri dan kanan pada kaki pertama manakala LAT betina pula di sisi kiri dan kanan pada kaki ketiga dari ekor memiliki bulatan (rujuk gambar diatas).
Selain itu, LAT jantan juga memiliki sepit lebih besar dan mempunyai garisan berwarna merah di bahagian sisi pada setiap sepit. Warna merah pada sepit LAT jantan tersebut yang membuatkan ianya dipanggil sebagai LAT Red Claw. Manakala LAT betina pula mempunyai sepasang sepit yang lebih kecil dan tidak mempunyai garis merah seperti LAT jantan.
PERBEZAAN LOBSTER AIR TAWAR BETINA & JANTAN
PROSES MENGAWAN LOBSTER AIR TAWAR
Saiz matang Lobster Air Tawar yang sesuai untuk dijadikan induk adalah yg berumur 6-8 bulan. iaitu induk jantan telah mencapai saiz 4.5 inci dan keatas manakala induk betina yangsesuai untuk dijadikan induk pula bersaiz 4 -6 inci.
Induk betina yang mencapai saiz melebihi 6 inci dan ke atas akan mengalami penurunan untuk mengawan tetapi akan menghasilkan telur yang lebih banyak apabila mengawan berbanding dengan induk betina yang lebih muda. Induk betina boleh menghasilkan 80 - 350 biji telur setiap kali mengawan dan bertelur.
Saiz LAT (dalam inci) diukur bermula daripada hujung kepala hingga ke hujung ekor tanpa mengambil kira panjang sepit.
JANGKA HAYAT LOBSTER AIR TAWAR
Lobster Air Tawar Jenis Red Claw / Cherax Quadricarinatus mencapai umur sehingga 6 - 7 tahun dan mencapai panjang melebihi 10inci (ukuran dari hujung kepala hingga ke hujungekor) serta berat mampu mencapai 600 gram seekor.
Rekod dunia untuk ukuran LAT terbesar dan terpanjang serta mempunyai jangka hayat terlama adalah LAT jenis Astacopsis Gouldi (The Tasmanian Giant Freshwater Crayfish ) dengan jangka hayat mencapai 60 tahun, berat mencapai 6kg dan mempunyai ukuran sehingga 31 inci.
Lobster Air Tawar juga sering dijadikan penghias akuarium, kerana kita dapat menikmatinya dalam jangka waktu yg lama
PENYEBARAN SPESIES LAT DI DUNIA
Lobster Air Tawar / Freshwater Crayfish adalah satu genus termasuk dalam kelompok Udang (Crustacea) air tawar yg memiliki ukuran tubuh relatif besar & hidup di air tawar.
Nama lainnya crayfish, crawfish, crawdad. Ada 3 famili lobster air tawar, iaitu Astacidae, Cambaridae & Parastacidae. LAT Astacidae & Cambaridae tersebar di dunia utara, Parastacidae menyebar di dunia selatan, seperti Australia, Indonesia bahagian timur, Papua .
Habitat alam LAT adalah danau, paya, sungai di daerah pergunungan. LAT bersifat endemik kerana terdapat spesifikasi pada spesies LAT yg ditemui di habitat alam tertentu (native).
PEMAKANAN LOBSTER AIR TAWAR
LAT adalah haiwan yang tergolong dalam golongan omnivor iaitu haiwan yang memakan segalanya yang terdiri daripada daging dan sayuran. LAT aktif mencari makanan pada waktu malam (nocturnal). Makanan nya berupa biji- bijian, ubi-ubian, bangkai haiwan. Cara makan guna antena panjang untuk mengesan makanan dahulu. Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia menangkapnya guna sepit, dan menyerahkan pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makanan utk di makan.
Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit. Dihabitat nya, ia makan biji- bijian, ubi ubian, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa haiwan hidup lain dari kelompok udang. Ia suka makan udang kecil yg hidup di habitatnya atau memangsa LAT yang lain itu sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal
PELUANG PERNIAGAAN LOBSTER AIR TAWAR
Terdapat 4 jenis strategi perniagaan popular yang sering diamalkan perternak-penternak lobster air tawar Red Claw di Malaysia. Pemilihan jenis strategi yang berlainan dilakukan untuk mencapai objektif yang berbeza, terdapat strategi yang memfokuskan pulangan modal secepat mungkin dan ada strategi yang menyasarkan perolehan keuntungan yang tinggi pada masa depan.
4 strategi perniagaan popular tersebut adalah:
- Pembenihan dan penjualan anak benih.
- pembiakan dan penjualan induk matang.
- Ternak LAT untuk pasaran konsumsi.
- Pembiakan pelbagai spesies LAT untuk tujuan hobi lobster hiasan
Setiap induk betina dapat menghasilkan sehingga 350 ekor anak pada satu-satu masa dan boleh bertelur sehingga 4-5 kali setahun. Anak benih biasanya dijual dengan harga RM1 untuk yang bersaiz 1 inci iaitu antara harga anak benih termahal jika dibandingkan dengan anak benih ternakan lain yang purata berharga bawah 20 sen seekor untuk saiz yang sama.
PENJUALAN INDUK MATANG
Saiz yang sesuai untuk dijadikan induk adalah ukuran 4-6 inci dan dijual dengan harga bermula RM7 hingga ke RM13 seekor. Selain itu, seekor induk yang sedang mengendong telur turut dijual dengan harga bermula RM20 dan keatas. Kelebihan ternakan jenis ini adalah penternak boleh menjual hasil yang pelbagai seperti anak benih sehinggalah ke induk yang bersaiz besar pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu ternakan mencapai umur atau saiz tertentu.
PASARAN KONSUMSI
Anak benih lobster air tawar akan diternak dalam tempoh masa tertentu supaya dapat mencapai saiz yang sesuai untuk jualan konsumsi/makan dan dijual mengikut berat dengan harga mencecah RM120 sekilogram.
Kebiasaannya lobster air tawar dijual secara hidup-hidup kepada restoren-restoren mahupun hotel-hotel di Malaysia. Selain dijual hidup, lobster air tawar ini juga dijual dalam bentuk sejuk beku yang membolehkan ianya disimpan dalam tempoh yang lama.
PASARAN LOBSTER HIASAN
Lobster air tawar mempunyai beberapa spesies yang sering dijadikan sebagai lobster hiasan seperti cherax snowden, cherax blue moon, cherax pulcher, clarkii dan sebagainya. Lobster hiasan mempunyai nilai pasaran yang tinggi disebabkan kesukaran mendapatkannya. Harga lobster hiasan bermula dari bawah RM10 sehinggalah mencecah ratusan ringgit seekor mengikut jenis spesies lobster hiasan tersebut
KELEBIHAN TERNAK LOBSTER AIR TAWAR
Keuntungan dan kelebihan dalam menjalankan ternakan dan perniagaan LAT adalah seperti ianya mempunyai daya tahan tinggi terhadap penyakit jika dibandingkan dengan ternakan udang yang lain seperti udang galah dan udang putih
(vannamei).
Selain itu, LAT juga "mudah" dalam pembiakannya, menghasilkan anak benih yang banyak dan mempunyai harga pasaran yang tinggi terutamanya untuk jenis Lobster Hias yang mencecah ratusan ringgit seekor.
LAT juga adalah Haiwan Omnivor (makan segalanya) yang membuatkan kos makanan menjadi rendah. Kita boleh memanfaatkan siput emas, atau hasil buangan dari tempat sembelihan ayam atau jualan ikan pasar.
LAT yang sedia untuk dijual
PASARAN LOBSTER AIR TAWAR
Pasaran LAT sejak akhir-akhir ini berkembang dengan sangat pantas apabila semakin ramai yang mengetahui mengenai lobster air tawar ini. Ia berkembanag kerana tingginya permintaan pasar, terutama eksport dalam keadaan hidup/beku. Jepun dan China adalah pasaran terbesar Asia,
Selain itu, pasaran LAT di Malaysia meningkat naik disebabkan semakin ramai penternak LAT baharu yang memerlukan bekalan anak benih dan induk dalam kuantiti yang banyak.
Selain itu, LAT mendapat permintaan tinggi di hotel, restoran bertaraf lima bintang dengan harga mencecah RM160 sekilo siap masak.
Penternak di negara ini masih belum mampu memenuhi permintaan hotel & restoran bertaraf lima bintang di Malaysia, Singapura. LAT boleh capai saiz hingga 30 cm, berat hingga 75 gram seekor dlm tempoh 7-8 bulan. Ia matang untuk jualan apabila capai 15 cm, berat 55 gram. Ramai percaya bahawa LAT adalah makanan penguat tenaga batin, awet muda wanita.
LOBSTER AIR TAWAR SELAMAT UNTUK DIMAKAN
LAT Selamat Dimakan berbanding Ikan pedang, ikan yu & king mackerel kerana ikan-ikan tersebut mengandung merkuri tinggi yang berbahaya bagi tubuh. Manakala LAT tidak milik merkuri tinggi.
LAT mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam dan ianya juga tidak mengandungi kalori yang banyak seperti daging ayam atau lembu. Ini menjadikan ianya menjadi pilihan lebih baik berbanding ayam atau lembu.
LAT mengandungi omega-3 tinggi. Omega-3 mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. LAT menjadi makanan pilihan bagi orang ingin menurun berat badan disebabkan ia rendah lemak dan kalori, namun memberikan nutrisi yg diperlukan. Ia juga mengandung kalium, zat besi, vitamin B12 dan selenium, sangat penting bagi kesihatan
MENGAPA TERNAK LOBSTER AIR TAWAR
- LAT mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri yang tinggi dengan perubahan iklim, saliniti, suhu, dan lain-lain.
- Selain itu, ia bersifat politrofik, iaitu makan segala jenis makanan dari tumbuhan termasuk biji- bijian sampai berbagai jenis haiwan yang ada dalam kawasan perairan yang didiami.
- Selain itu, pembesaran LAT spesies Red Claw yang relatif cepat untuk mencapai ukuran dan berat tertentu berbanding dengan spesies lain.
- LAT juga mempunyai kadar reproduksi tinggi dan jumlah anak yang banyak dihasilkan dalam tiap kali reproduksi. Ia juga dapat melakukan proses reproduksi sehingga 4-5 kali setahun.
- Selain itu, LAT mempunyai ketahanan terhadap penyakit yang tinggi.
- Permintaan LAT yang sentiasa meningkat di dalam dan luar negara menjadikan ternakan LAT berbaloi untuk diusahakan.
Kos keseluruhan untuk ternakan LAT antara yang terendah jika dibandingkan ternakan seperti udang galah, ikan keli dan sebagainya. Udang galah misalnya memerlukan sistem ternakan dan penjagaan yang lebih rumit manakala ikan keli pula melibatkan kos makanan yang tinggi. Selain itu, Udang galah dan juga ikan keli memerlukan kos tambahan untuk pembelian anak benih kerana sukar untuk dibiakkan sendiri, manakala LAT dapat dibiakkan dengan mudah serta menghasilkan anak benih yang banyak pada satu-satu masa.
Selain itu, ternakan LAT memerlukan penjagaan yang kurang, penyelenggaraan sistem ternakan yang ringkas, dan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Ternakan ikan talapia misalnya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan air yang kerap disebabkan pemberian makanan dalam jumlah yang banyak serta penghasilan najis yang tinggi didalam sistem ternakan. Manakala ternakan udang harimau atau udang vannamei pula sering dihantui dengan serangan penyakit pada udang ternakan yang boleh merencatkan hasil tuaian udang untuk dipasarkan.
0 Response to "Ternakan Lobster Air Tawar (LAT) - Pengenalan"
Catat Ulasan