Panduan Menanam Durian


Dipetik dan diolah daripada:BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

"Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro'ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh (3950)]


TIPS PENTING PENANAMAN DURIAN

Di sini saya kongsikan cara yang betul untuk tanam anak pokok. Disiplin menanam adalah penting. Jika silap tanam, pokok akan hidup merana sampai ke tua walaupun ditabur baja, kesan derita pokok masa kecil akan membekas sampai ke tua. Pokok yang tumbuh dengan subur dan tidak berpenyakit berpotensi untuk mengeluarkan hasil yang cepat dan bermutu.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa arang sebenarnya mempunyai banyak rahsia dan manfaat. Sifat bagi arang ialah menyerap, ia menyerap apa sahaja yang bersifat negatif yang hampir dengannya, bahkan partikal ion negatif dalam udara pun diserapnya. Dengan memiliki sifat ini arang juga bermanafaat untuk tumbuhan, dimana fungsi arang membersihkan unsur negatif jika ditaburkan rata dipangkal pokok sehingga lingkungan 1 atau 2 kaki garis pusat.

Disamping ia boleh membekalkan lembapan untuk akar pokok apabila diperlukan, dalam masa yang sama ia membersihkan persekitaran daripada unsur negatif menjadikan pangkal pokok mendapat Ph neutral, bebas racun, toksid dan tiada kulat beracun. Jika arang terlalu banyak menyerap unsur negatif ia akan mereput, menjadi lembut dan seterusnya hancur menjadi debu. Maka sudah semestinya unsur negatif yang diserapnya akan dihadamkan oleh arang itu sendiri kemudian dineutralkan. Selain dari itu kopi juga mempunyai fungsi yang sama khususnya dalam aktiviti penanaman pokok durian.

Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak terdapat negara Asia, akan tetapi melalui kemajuan teknologi kini tanaman durian  ini mula tersebar di berbagai negara eropah. Buah durian ini mempunyai ciri bau yang khas tersendiri iaitu memiliki aroma bau yang kuat jika sudah masak (matang),serta mempunyai kulit keras dan berduri yang turut sama menjadikan namanya durian. Pokok durian biasanya berbuah satu kali saja pada setiap tahun,akan tetapi terdapat jenis buah durian tertentu yang boleh berbuah sebanyak 2 kali dalam setahun.

Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat durian berasal dari kepulauan Borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Umumnya durian terdapat di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Nama saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus,  Durio  graveolens,  Durio dulcis dan Durio kutenjensis


CARA PENANAMAN

Tanah yang sesuai seharusnya mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping berada pada kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian permukaan laut,curah hujan 1700 s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28 darjah celcius.

  1. Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses pengolahan tanah dengan betul.
  2. Bersihkan kawasan tanah dari berbagai rumput dan kayu/sampah yang tidak diperlukan
  3. Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata.
  4. Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada setiap kawasan penanaman pokok. 
  5. Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam keadaan neutral dan berkualiti. 
  6. Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok. 
  7. Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik. 
  8. Setelah proses penyediaan lubang selesai, taburkan baja organik pada setiap lubang tanah dengan ketebalan 2 cm. Ada juga pengusaha tanaman durian memasukkan sekurang-kurangnya sekilo ikan mentah ke dalam lubang tanaman sebagai penggalak akar dan baja kepada pokok yang akan ditanam. 
  9. Biarkan tanah tersebut selama 2 minggu, supaya proses penguraian baja berlaku dengan sempurna.  
  10. Pilih benih yang berkualiti kerana ini sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang akan diperolehi.

Alat yang di perlukan:

  1. Cangkul (boleh pakai yang lebih modern)
  2. Alat pembersih rumput
  3. Gunting pemotong yang tajam
  4. Alat spry/semburan baja dan menyiram
  5. Benih pokok durian

Langkah Penanaman 

  1. Sebaiknya awal penanaman bibit di lakukan pada awal musim hujan.
  2. Untuk memulakan proses penanaman anak pokok sebaiknya di lakukan pada waktu pagi hari jam, 06.00 s/d 09.00, atau pada waktu petang sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan cuaca. Penanaman dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak pokok layu dan mati.
  3. Pastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik polybeg supaya tanaman tidak layu/mati. 
  4. Setelah proses penanaman pokok selesai, lakukan penyiraman dengan air pada semua kawasan tanaman. 
  5. Pastikan tahap kelembaban tanah berada pada tahap optima. Kawasan tanaman boleh ditutup dengn jerami atau daun kering. Biarkan jerami tersebut selama 2 hingga 3 bulan untuk mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Langkah Perawatan

  1. Lakukan penyiraman air 3 kali dalam seminggu.
  2. Lakukan pembersihan rumput di area lahan tanah secara berkala.
  3. Lakukan pembajaan tambahan dari unsur organik setiap 1 bulan sekali.
  4. Lakukan semburan kimia anti virus/hama secara berkala.
  5. Lakukan penaburan batu kapur halus dan garam dalam 3 bulan sekali.
  6. Lakukan penggemburan tanah di area tanaman setiap 1 bulan sekali. 
  7. Jika tanaman sudah tumbuh besar lakukan pemangkasan pada bagian tanaman yang kurang baik atau layu.
  8. Jika tanaman sudah mulai tahap berbunga,lakukan penyerbukan secara manual, dengan cara memakai alat kuas yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah mekar secara teliti jangan sampai merosak bahagian yang lain. Bertujuan mengawal bunga daripada serangga / haiwan perosak. Sekiranya penyemburan tidak berjalan dengan lancar sudah pasti buah yang di hasilkan juga tidak akan secara maksima.
  9. Jika tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada buah secara berkala,buang buah  yang tidak sihat supaya tidak menular kepada buah yang lain.
  10. Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam setiap rumpun supaya kualiti buah dapat ditingkatkan.
  11. Jika buah sudah mula besar, tangkainya perlu diikat dengan tali untuk mengelakkan buah rosak ketika jatuh ke tanah.  Selain itu juga, kerja-kerja mengikat tangkai buah durian yang purata seberat 10 kg itu dapat mengelakan anda dihantar ke hospital kerana dihempap buah durian Monthong.

KEPERLUAN AGROKLIMATIK 

Iklim

Durian memerlukan suhu diantara 17 oC hingga 32 oC dan taburan hujan 1700 mm hingga 4060 mm setahun. Pokok durian tidak tahan kemarau panjang. Walaubagaimanapun, pokok durian memerlukan musim kemarau yang pendek iaitu 2 hingga 8 minggu dengan taburan hujan yang rendah untuk mengalakkan pengeluaran bunga.

Tanah

Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti. Bagi jenis tanah gambut dan tanah bris adalah tidak sesuai untuk tanaman durian. Sistem saliran yang tidak sempurna hendaklah dielakkan kerana akar durian sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Ia akan menggalakkan serangan penyakit akar dan batang iaitu Phytophthora palmivora. Tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7 adalah sesuai. Kawasan yang cerun landai dan rata adalah baik untuk durian tetapi kawasan cerun 18 darjah adalah tidak sesuai.

Kawalan rumpai

Pada peringkat awal (pada tahun pertama) pertumbuhan pokok durian, rumput di sekeliling pokok hendaklah selalu dibersihkan setiap kali sebelum dibaja secara manual, bagi pokok yang berumur 2 tahun ke atas tidak digalakkan menggunakan cangkul kerana ianya akan mencederakan akar yang aktif mengambil makanan. Manakala di kawasan pokok durian yang matang, rumput dipotong dalam tempoh sebulan sekali dengan menggunakan Service Cut/Rotaslasher.

PEMANGKASAN

Pemangkasan dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.

Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.

Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:

  1. Pemangkasan pembentukan batang utama – di awal pertumbuhan. 
  2. Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.

Tujuan pemangkasan ialah:

  1. Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
  2. Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
  3. Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
  4. Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan:

Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 –10 tahun menanam. 

Hasil:

Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah ( 10 – 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 – 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 – 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.

Musim Buah

Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. Pokok dokong memerlukan musim kering yang jelas ( 3 - 4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan buah. 

Pendebungaan Berbantu

Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat dimana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan. 

Penuaian

Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan. Buah durian ini biasanya boleh dituai setelah buah itu jatuh(maka dari itu saya sarankan supaya buahnya di ikat),dan boleh di anggarkan bermula dari bunga yang sedang mekar harum semerbak mewangi lagi nyaman dan menyegarkan itu pada kadar 4 hingga 5 bulan. Catatan yang betul dapat memberi panduan penuaian yang betul tanpa menunggu buah jatuh. Penting untuk mengelak penuaian awal sebelum cukup usia kerana buahnya tidak matang dan tidak berkualiti. Perlu diingat juga sebaiknya ketika memetik buah menggunakan alat gunting yang tajam, potong pada bagian tangkai buah jangan sampai melukakan buah yang lain. 

Kumpulkan hasil tuaian pada tempat yang sejuk,untuk proses pemasakan(supaya buah matang) cukup anda letakkan pada ruangan yang tidak terkena sinar matahari secara langsung Pastikan juga ruang tempat penyimpanan itu tidak lembab secara berlebihan, supaya buah cepat matang dan tidak mudah busuk. Biasanya buah akan matang(masak)sekitar 2- 3 hari. Sekiranya buah sudah masak, makanlah hasil tanaman anda dengan senyum lebar tanda kesyukuran. Ketika itu ketawalah seadanya meskipun anda sedang sendirian. 


PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN

Penyimpanan

Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan diantara 1 – 4 hari pada suhu ambien (28oC) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10oC) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan diantara 1 – 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.


Variasi Durian Dari Thailand

Variasi

Variasi durian asal Thailand

Durian “Chanee” D123

atau Gibbon (Ungka) dipercayai mendapat namanya kerana buah durian selalunya keluar di hujung dahan/ranting seolah-olah seekor ungka yang bergayut di atas pokok.

Durian “Kanyao” (Long Peduncle) D158

Dalam bahasa Thai, Kan bermaksud “Peduncle/tangkai” manakala Yao bermaksud “Long/panjang”. Jadi, asal namanya bertepatan dengan rupa bentuknya yang dimana tangkainya adalah lebih panjang dari varieti yang lain.

Durian “Monthong” D159

atau Golden Pillow (Bantal Emas), mengikut bahasa Thai, Mon bermaksud “pillow” (bantal) dan Thong bermaksud “Gold” (emas) . Jadi, Monthong dinamakan bersempena dengan rupa bentuk buahnya. Ia dikatakan berbentuk seperti bantal manakala isinya berwarna kuning keemasan.

Durian “Kradumthong”

atau Golden Button (butang emas). Dalam bahasa Thai, Kradum bermaksud “button” (butang) manakala Thong bermaksud “Gold” (emas) kerana putiknya adalah kecil dan bulat, kelihatan seperti butang pada baju orang China dahulu kala.


Kaedah Pembiakan Klon Durian

Kaedah utama pembiakan klon pokok durian adalah dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Kaedah ini dapat menghasilkan pokok yang mewarisi ciri-ciri induk dengan lebih cepat. Pokok penanti yang digunakan akan menjadikan bahagian batang dan akar klon menjadi kuat, pokok rintang penyakit dan menghasilkan buah bermutu.

Berikut disenaraikan 10 klon durian yang sesuai untuk tanaman komarsial.

Klon Nama  Saiz buah Ciri isi Ciri khas
D24 Sultan Sederhana 1-2kg Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D99 Kop Kecil Sederhana 1-2kg Warna krim kekuningan, isi sederhana tebal, bertekstur halus, basah, rasa lemak manis dan aroma kuat Buah berjambak, biji leper atau kesep
D23 Chanee Besar 2-4kg Warna kuning keemasan, isi tebal bertekstur sederhana halus, rasa lemak manis dan aroma kuat Buah besar dan biji kecil
D145 Beserah/ Tuan Mek Hijau Sederhana 1-2kg Warna kuning keemasan, isi sederhana tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan aroma harum Buah dempak di tangkal dan di hujung
D158 Kan Yau/ Tangkai Panjang Sederhana 1-2kg Warna kuning keemasan, isi tebal dan tekstur berserat, rasa manis dan kurang aroma Tangkai panjang 15-17 cm
D159 Mon Thong/ Bantal Mas Besar 4-6kg Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa manis berkrim dan kurang aroma Buah besar mencapai 4-6 kg/biji
D168 101/Mas Muar/ Hjh Hasmah Sederhana 1-1.5kg Mudah dibuka. Isi sederhana besar, pejal, berwarna kuning oren, sederhana tebal dan rasa lemak manis dan sedikit pahit. Buah sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil (4cm).
D169 Tok Litok Sederhana 1-2kg Warna kuning, isi tebal dan berserat, rasa lemak manis, sedikit pahit Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D197 Raja Kunyit/ Musang King Besar 2-2.5kg Warna sangat kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan pahit Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg
D175 Udang Merah Sederhana 1.5-3kg Isi berwarna kuning, tebal, ira isinya halus, lembik, rasanya lemak manis. Berbentuk bujur. Kulit berwama hijau perang dan durinya pendek.


Klon durian yang belum disenaraikan dalam senarai daftar Jabatan Pertanian

Ochee/ Duri Hitam 


Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia sejak tahun 80an.. mula menjadi masyhur sejak tahun 2005 dengan harga yang agak mahal sekitar rm40 sekilo. Durian Ochee berwarna merah tua yang cukup menarik dengan isinya yang lemak lembut tanpa urat dengan haruman yang cukup aromatik.
 
Berbunga 2 kali setahun dengan peratusan yang tinggi akan menjadi buah. Antara klon durian yang terkategori berkualiti tinggi. Bahkan pengusaha tanaman ini perlu teliti kerana buah yang banyak akan mengakibatkan dahan akan patah kerana buah durian ochee 90% gred A. Pohon ochee akan mula berbuah pada tahun ke 5 selepas ditanam. Buah durian Ochee tahan lasak dengan perubahan cuaca berbeza dengan kebanyakan jenis durian yang agak sensitif.

Kelemahan pokok ini ialah pokoknya yang mudah diserang penyakit memerlukan penjagaan yang teliti. Dahannya agak rapoh, mudah patah dan perlu kayu sokongan terutama ketika berbuah. Ia juga memerlukan pembajaan yang kerap. Kadar kandungan isi ochee juga lebih tinggi berbanding Musangking walaupun Musangking lazimnya memiliki biji yang nipis. Tempoh permatangan lebih kurang 120 sampai125 hari..peka kpd perubahan cuaca. 2 kali berbuah setahun satu kebiasaan.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Menanam Durian"

Catat Ulasan