Durian D99 (Kop Kecil)


Durian D99 merupakan salah satu klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D99 juga dikenali sebagai 'Kop Kecil'. Ia didaftarkan dalam Senarai Varieti Kebangsaan pada 17 Jun 1970. Durian ini berasal dari negara jiran iaitu Thailand.

Durian D99 mempunyai saiz sederhana besar, berbentuk bulat dan  berat sekitar 1 hingga 2.5 kilogram. Kulit berwarna hijau gangsa dan mempunyai duri yang halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal. Rasa manis dan tekstur isinya halus dan lembik.

Durian D99 atau dipanggil juga Kop Kecil. Jenis durian yang mudah lekat buah dan jenis berbuah lebat, disyorkan oleh Pihak Mardi untuk ditanam sebagai membantu pendebungaan silang untuk mendapatkan hasil kebun yang tinggi (kerana sentiasa berbunga lebat).

DURIAN D99 (KOP KECIL/KANCING BAJU)
Nombor Pendaftaran Variety : D99
Nama Varieti : Kop Kecil
Panjang Buah : sederhana(12.5cm)
Lebar Buah : sederhana(15cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 0.83:1
Saiz Buah : sederhana
Bentuk Buah : bulat
Bentuk Bahu Buah : melekuk
Bentuk Hujung Buah : melekuk
Panjang Tangkai Buah : pendek(3.5cm)
Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.1cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri kasar bergabung
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus pendek
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri halus pendek
Bentuk Pangsa Buah : berkop
Kejelasan Pangsa Buah : jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : besar dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : lurus tidak bertaup
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : perang kehijauan
Warna Pangkal Duri : hijau keperangan
Kesenangan Membuka Buah : sederhana
Tebal Kulit Buah : nipis(0.5cm)
Tempoh Masa Matang Buah : awal
Warna Isi : kuning
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : sederhana
Kemanisan Isi : manis
Rasa Pahit : sedikit
Rasa Lemak : sederhana
Tekstur Isi : sederhana
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sedikit
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.247
Bil. Ulas Sepangsa : 3
Peratus Biji Penuh : 61
Peratus Biji Separuh Penuh : 23
Peratus Biji Kesep : 16
Saiz Biji : sederhana




 























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Durian D99 (Kop Kecil) "

Catat Ulasan