Kelebihan Tanam Pisang Cara Terbalik


Macam mana ya tanam pisang terbalik? Sebenarnya ini adalah kaedah tanaman yang digunakan oleh pekebun Thai.

Ada banyak kelebihan bila tanam pokok pisang menggunakan kaedah ini. Antaranya

  1. Anak pokok akan gemuk.
  2. Anak pokok tumbuh banyak.
  3. Nutrien mudah serap sebab akar di bahagian atas.
  4. Berbuah dan banyak sisir.
  5. Pokok rendah.
  6. Tidak mudah rebah.

Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi.


1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.


2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.


3. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.


4. Gali lubang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.


5. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.


6. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.


7. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.


Kredit : Vanillakismis.my

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelebihan Tanam Pisang Cara Terbalik"

Catat Ulasan