Teknik Tanam Durian Triple Planting
Triple Tree Planting Method merupakan satu kaedah menanam tiga pokok durian sekaligus yang sudah lama di praktikan di negara jiran iaitu Thailand. Seperti yang kita ketahui, pertanian di Thailand merupakan antara negara termaju di dunia. Di Malaysia masih tidak ramai pekebun yang tahu teknik ini.
Kelebihan menanam tiga pokok sekaligus ini adalah hasilnya lebih banyak dan menjimatkan ruang tanaman, terutama kawasan menanam yang tidak luas. Bayangkan jika kebiasaannya, dalam 1 hektar jumlah pokok yang ditanam cuma sekitar 40-45 pokok. Jika menggunakan kaedah ini, anda boleh menanam hampir 200 pokok.
Bayangkan jika sepokok boleh menghasilkan paling kurang 20 biji semusim x 3 pokok = 60 biji x 200 pokok = 12,000 biji semusim. Jadi katakanlah berat purata sebiji 4kg/biji , 12,000 biji bahagi 4 kg = 3000kg x rm25 = RM75,000! lumayan tak bossku?. Ini cuma anggaran pendapatan sahaja. Belum tolak kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Tidak hairanlah Thailand merupakan antara pengeluar dan pengekspot durian terbesar ke seleuruh dunia. Jika orang Thai boleh buat, kenapa kita tidak boleh? Mungkin korang boleh cuba teknik ini untuk mengoptimumkan pengeluaran buah durian. Cari market dan eksport ke luar negara. Orang putih pun dah pandai makan durian sekarang.
Saya sendiri sudah cuba tanam beberapa pokok dengan menggunakan kaedah ini. Kena tunggu 4-5 tahun lagi untuk melihat hasilnya. Tak sabar rasanya tunggu tiga pokok berbuah sekaligus dalam satu tempat.
Korang boleh tengok beberapa keping gambar di bawah yang saya google di Internet dan saya tanam sendiri. Selamat mencuba!
- Susunannya secara penanaman segitiga sama sisi berjarak masing² 1m atau 1x1x1m.
- Ideal jarak antar rumpunnya 12x12m.
- Minima 10x10m.
- Kelihatan unik, gaya & menarik.
- Memiliki percabangan lebih banyak sebagai potensi bunga/buah lebih banyak dibanding penanaman tunggal pada usia yang sama.
- Relatif lebih tahan angin dari risiko tumbang sebab konstruksi 3 pohon dengan penalian tiap ketinggian 2m menciptakan kekokohan struktur.
- Memiliki area terbuka di tengah untuk menangkap sinar masuk sekaligus sebagai saluran sirkulasi udara, bawah tajuk tidak lembab
- Secara tampilan, kebun terlihat cepat penuh dengan tanaman kerana pokok kelihatan cepat membesar.
- Biaya benih lebih mahal
- Perawatan lebih mahal
- Pengelolaan cabang harus diatur berkala untuk mengatur arah cabang dan bentuk pohon serta membutuhkan tenaga kerja yang mahal
- Keperluan baja, pestisida & penyiraman lebih banyak.
- Boleh dikatakan merawat 1 ha kebun TTP, tenaga yang digunakan setara dengan merawat 2ha kebun tanaman tunggal.
Ini contoh Triple Tree Planting Method yang saya tanam dalam satu tempat iaitu durian Mothong, Duri Hitam dan Musang King. Saya tanam separuh bekas botol terpakai berhampiran akar supaya air senang meresap untuk pokok tumbuh subur.
Tonton video dibawah dengan lebih jelas.
0 Response to "Teknik Tanam Durian Triple Planting"
Catat Ulasan