Rahsia Petani Thailand : Pokok Berbuah Lebat
Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.
Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.
Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.
Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.
KAEDAH 1
Bahan-bahan:
- 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
- 2 kg Gula Perang
- 1 biji Ragi tapai
- 1 botol Yakult
- 2 kotak Susu segar
- 2 biji Air kelapa muda
Cara-cara membuat dan menggunakan baja pelebat:
- Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
- Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
- Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
- Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
- Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
- Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali
Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.
Jom lihat cara-cara penghasilannya dalam bentuk video.
KAEDAH 2
BAHAN :-
- 1 kg telur gred A @ 15 biji ( 1 kg eggs including shell )
- 70 gm belacan ( shrimp paste )
- 1 biji ragi tapai ( tapai yeast )
- 35 gm ajinomoto ( msg )
- 130 ml redbull
- 200 ml susu segar ( fresh milk )
- 200 ml susu masam ( sour milk )
- 1 kg molasses @ 1 liter
- 1 kg air kelapa muda @ 1 liter ( coconut water )
- Balang atau botol besar hendaklah ada 1/3 ruang kosong selepas diisi hormo (bottle)
Catatan
- Hendaklah buka tutup botol 2-3 hari sekali bagi mengelak gas meletus dan hormon melimpah keluar.
- Peram selama 30 hari ditempat redup.
CARA PENGGUNAAN :-
Ini adalah sukatan asal petani Thailand.
- 50 ml hormon + 20 liter air tanpa klorin bagi tanaman berbuah yang belum mengeluarkan bunga samada cara siraman atau semburan.
- 25 ml hormon + 20 liter air tanpa klorin setelah tanaman berbuah mengeluarkan bunga samada cara siraman atau semburan.
- Guna 7 hari sekali.
- Walau bagaimana pun dinasihatkan mencuba 10 ml hormon + 20 liter air tanpa klorin bagi mengelak dahan pokok patah akibat buah yang banyak.
- Pokok perlu dibuang daun tua sebelum diberi hormon secara semburan.
- Siram atau sembur waktu pagi . Seeloknya jam 7 – 10 pagi. Sembur batang dan daun. Siram tanah dengan air biasa disusuli hormon yang telah dibancuh. Jika siram hendaklah sehingga julai pokok iaitu merangkumi lebih kurang 1 meter keliling batang pokok.
SELAMAT MENCUBA..
Pada semua yang meminati tanaman dapat sekiranya beri komen mengenai keberkesanan hormon ini setelah diguna. Moga dapat dikongsi bersama.
Terima kasih kepada petani Thailand yang sudi berkongsi resepi tanaman. Moga kita semua mendapat manafaat atas perkongsian ini..
Rujuk video di bawah:
0 Response to "Rahsia Petani Thailand : Pokok Berbuah Lebat "
Catat Ulasan