Pengurusan Kesuburan Pokok Durian
Tanah yang berasid atau berair menyebabkan oksigen berkurang. Lalu penghasilan Amino Acid dari sintesis nitrogen pun terbatal kerana berlaku pengumpulan nitrogen dalam bentuk ammonia (NH4).
Manakala keadaan tanah beralkali menyebabkan NH4 hilang dalam bentuk gas ammonia (NH3). Oleh itu, tanah berakali ni sesuai digunakan baja Nitrat (NO3), bukan baja jenis ammonia atau urea.
Nak tau baja kita pakai jenis Ammonia atau Nitrat, silakan semak pada label guni baja ya!
"Buah tahun ni tak menjadi.."
Ayat yang biasa kita dengar tiap kali tiba musim durian. Tak menjadi tu samada tak berbunga, gugur awal ataupun rosak. Justeru, 3 faktor ni mendatangkan punca dan solusi kepada permasalahan. Saya ambil yang paling dominan berlaku dalam senario pekebun ya.
Ayat yang biasa kita dengar tiap kali tiba musim durian. Tak menjadi tu samada tak berbunga, gugur awal ataupun rosak. Justeru, 3 faktor ni mendatangkan punca dan solusi kepada permasalahan. Saya ambil yang paling dominan berlaku dalam senario pekebun ya.
1. Tak berbunga - Kurang stress.
- Menyebabkan nisbah C:N rendah. Solusi adalah turunkan Nitrogen dengan pembajaan tinggi P dan K. Contoh Mkp, Tkpp atau 8-24-24.
2. Bunga Gugur - Kurang Calcium dan Phosphate.
- Calcium tu menguatkan tangkai bunga manakala Phospate mencetuskan pembungaan & membekalkan tenaga dalam bentuk ATP. Solusi sembur foliar yang mempunyai unsur diatas. Contoh Bassfoliar CabMag, Fastgrow Merah atau 10-52-17.
- Pembungaan yang lebat apabila unsur K memindahkan gula kepada anter untuk menyokong pembentukan percambahan debunga. Solusi gunakan baja tinggi K contoh 8:8:20, KN03 dan sembur hormon Giberellin Acid (GA3) untuk lebatkan dan besarkan saiz buah.
4. Isi mengkal - Kurang Calcium yg disebabkan unsur Nitrogen berlebihan ketika berbunga.
- Puncanya dari taburan hujan tinggi lalu mengeluarkan pucuk baru yang akhirnya tunas baru menggatikan nutrien dari pengisian buah. Ca berfungsi menstabilkan dan memastikan kebolehtelapan dinding sel. Isi pun jadi pejal. Berikan semburan Ca lebih awal ketika peringkat mata ketam lagi. Contoh Fastgrow Merah, Calcium Nitrate dan Wuxal Calcium.
- Racun yang disyorkan adalah dari kumpulan "Triazole" laitu Etridiazole. Residue 14-28hari. Boleh sembur ketika saiz bola ping pong. Untuk kawalan biologi boleh gunakan Trichoderma Harzianum.
Ini fenomena yang biasa terjadi sepanjang dalam dekad penanaman durian. Timbul persoalan macam mana nak urus?Ringkas ulasan dalam hal ini. Pekebun hanya perlu fokus untuk kurangkan unsur Nitrogen dalam pembajaan supaya pucuk tak keluar pada peringkat "sebelum bunga kembang" khususnya. Kerana risikonya bunga akan gugur pada peringkat ini Unsur N kembali diperlukan ketika pengisian buah laitu bermula pada saiz bola ping pong. Gunakan baja seperti 10-52-34, MKP, 8-8-20, K40, Fruitka Soluble disusuli dengan Calcium Boron.
0 Response to "Pengurusan Kesuburan Pokok Durian"
Catat Ulasan