Rasa Durian Mengikut Klon
Berikut adalah carian mengenai rasa durian bagi klon-klon yang ditanam di kebun saya. Sumber rujukan adalah daripada pengalaman sendiri, jabatan pertanian dan carian di google.
KLON | NAMA | QNTY | TEKSTUR | RASA | CIRI-CIRI |
---|---|---|---|---|---|
ASFA | Durian Diraja | 2 | Halus | Lemak, Manis | Berbuah selepas 2 tahun setengah |
Kampung | Kampung Pahit | 1 | Halus | Lemak, Manis dan Pahit | Buah agak besar, masak sekata. Isi putih sedikit kekuningan. |
Kawin | Kawin Oren | 1 | Halus | Sedap | Isi kuning ke oren |
D2 | Dato Nina | 1 | Halus dan lembik | Lemak, sangat manis | Buahnya sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau gangsa. Durinya pendek, kulit nipis tetapi susah dibuka. Tangkai buah pendek dan besar. Isi berwarna kuning keemasan. Mutu buah sangat baik, rasanya lemak manis. Hasilnya rendah. |
D24 | Xo/Sultan/Bukit Merah | 2 | Halus dan lembik | Lemak, manis dan sedikit pahit | Buah sederhana besar berbentuk bujur. Warna kulitnya hijau muda dan berkulit nipis. Durinya tajam, halus dan sama di sekeliling buah. Kulitnya sukar dikopek. Isinya tebal danberwarna kuning. Mutu isinya sangat baik. Rasa isinya lemak, manis dan sedikit pahit. |
D99 | Kop Kecil/ Kancing Baju | 2 | Jenis dari Thailand. Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat tetapi dempak ditangkai dan dihujung. Warna kulitnya hijau gangsa. Durinya halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal. Rasanya manis. Ira isinya halus dan lembek. | ||
D118 | Tembaga | 2 | Pahit | Isi tebal dan rasa lemak dan manis dan pahit yang melekat. | |
D145 | Beserah/Tuan Mek Hijau | 2 | Buah besar, berbentuk bulat, warna hijau dan kulitnya sederhana tebal. Ulasnya sederhana tebal, berwarna kuning, ira isinya halus, biji penuh dan sederhana besar. Rasa lemak manis. | ||
D158 | Tangkai Panjang/ Kan Yau | 3 | Buah bulat bujur berwarna perang, tangkainya sangat panjang (17cm). Ulasnya besar dan berwarna kuning emas. Rasanya manis. | ||
D159 | Monthong | 3 | Buah sangat besar (4-6kg), bentuk bujur panjang, bergelugur dan hujung buah tajam. Ulasnya besar, berwarna kuning dan mutunya baik. Rasanya manis. | ||
D160 | Tekka/Musang Queen | 2 | Buah besar (3kg), bujur panjang, berkulit hijau, duri kasar, pendek dan buah senang dikopek. Ulasnya besar, tebal, pejal dan berwarna kuning oren. Mutunya baik. Rasa manis dengan sedikit pahit, berlemak, tekstur berkrim | ||
D168 | 101/Hjh Hasmah | 3 | Pahit | Buah sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil (4cm) dan berat purata buah 1.5kg. Mudah dibuka. Isi sederhana besar, pejal, berwarna kuning oren, sederhana tebal dan rasa lemak manis dan sedikit pahit. | |
D175 | Udang Merah | 3 | Buah sederhana besar (1 1/2-3kg) berbentuk bujur. Kulit berwama hijau perang dan durinya pendek. Isi berwarna kuning, tebal, ira isinya halus, lembik, rasanya lemak manis. | ||
D197 | Musang King | 3 | Pahit | Buah berbentuk bulat-bujur, kulit berwarna hijau muda. Isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, manis dan pahit. | |
D198 | Kim Hong | 1 | Isi tebal, Biji Kesep, Warna isi kuning pucat atau krim. warna biji cokelat pucat, Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm). Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik. Bentuk daun: eliptik. | ||
D200 | Duri Hitam/Ochee | 2 | Pahit | Purata panjang daun:19.94 cm, purata lebar daun:6.46 cm, bentuk daun:oblong, panjang tip akuminat:panjang, Warna bahagian bawah:keperangan, putik bunga bentuk sebelum kembang:elliptik, warna buah:hijau keperangan, berat buah:ringan (2kg), bentuk buah (pandangan memanjang):bulat, bentuk buah (dalam keratan lintang):bulat sedikit berlurah, apeks buah: melekuk, bahu buah:akut, kedapatan permatang sepanjang pangsa buah:ada.bentuk duri: cordat, kedapatan duri halus sepanjang pangsa:tiada, kawasan duri halus dibahagian hujung:luas, posisi duri dibahagian hujung:lurus atau tegak.ketebalan isi:tebal, warna utama isi: kuning jingga, aroma isi:sederhana, kemanisan isi: sederhana, kepahitan isi:sederhana, tekstur isi: halus. bentuk biji: elliptik, kehadiran biji kesep:sedikit | |
D214 | Tupai King/Tupai 226 | 1 | Pahit | Berbentuk oval (bujur seperti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam. Purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg. Isinya berwarna jingga kekuningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kemanisan dengan bacaan purata brix 39 |
|
JUMLAH | 34 |
0 Response to "Rasa Durian Mengikut Klon"
Catat Ulasan