Durian D175 (Udang Merah/Red Prawn/Ang Hae)
Durian Udang Merah, memang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pencinta durian khususnya mereka yang tinggal di Pulau Pinang. Durian yang berasal dari Balik Pulau ini merupakan di antara durian yang terbaik dari segi rasanya. Di kalangan masyarakat Cina di sana ia di sebut sebagai Durian Ang-Hae. Durian ini mampu mencapai berat 3 kg ini telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dengan no. pendaftaran D175 pada tahun 1990.
Warna isinya adalah kuning jingga kemerahan dan berbentuk melengkung seperti bentuk udang merah di mana nama durian ini diambil sempena hidangan laut tersebut. Tekstur isinya cantik berkrim tetapi seringkali terlalu berair, lembik dan melekit. Ia mempunyai rasa lemak manis yang menyelerakan di mana ini menjadi faktor utama Durian Udang Merah tergolong di antara jenis durian termahal di Malaysia.
Ciri-ciri durian Udang Merah
- Bentuknya bujur seperti bola ragbi.
- Kulitnya berwarna perang gelap
- Mempunyai duri yang kecil dan berjarak
- Sukar untuk dikopek.
Tengok tu isi durian udang merah yang mengancam. Warna menarik dan rasa dia..perghhh padu! Manis dan berlemak. Terus rasa craving durian udang merah je.
Di sesetengah tempat Durian D13 kadang-kadang juga dipanggil Udang Merah. Lihat perbezaan buah antara keduanya.
0 Response to "Durian D175 (Udang Merah/Red Prawn/Ang Hae)"
Catat Ulasan