Ternakan Lobster Air Tawar (LAT) - Kaedah Ternak


KAEDAH TERNAK LOBSTER AIR TAWAR

Contoh ternakan LAT dalam kolam simen

LAT adalah haiwan yang lasak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran serta mampu hidup tanpa memerlukan pam udara tetapi bergantung kepada kedalaman air.

LAT boleh diternak / dipelihara dalam beberapa cara :

  • Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium).
  • Diternak dalam kolam kanvas.
  • DIternak dalam kolam simen.
  • Diternak dalam kolam tanah.
  • Diternak dalam tangki fiber/polytank.

Pemilihan kolam ternakan adalah salah satu perkara yang perlu diteliti kerana ianya berbeza mengikut kesesuaian kawasan, modal dan pengurusan.


TANGKI FIBER/POLYTANK

Kolam polytank atau kolam yang diperbuat daripada fiberglass antara kolam yang popular digunakan dikalangan penternak LAT di Malaysia. Kelebihan kolam ini terletak pada fizikalnya yang mudah alih dan daya tahan yang tinggi. Selain itu, LAT yang diternak didalam kolam plastik / fiber lebih mudah untuk dipantau dari segi pembiakan, tumbesaran, dan juga penyakit.

Manakala kekurangan kolam jenis ini adalah harganya yang tinggi untuk kolam bersaiz besar.


KOLAM SIMEN

Kolam simen sesuai dibina bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri dan projek ternakan yang bersifat kekal. Kos kolam simen adalah antara yang termurah jika dibuat pada skala besar kerana kos selenggara yang rendah dan tahan lama. Kebiasaannya terdapat dua jenis kolam simen yang biasa dibina iaitu jenis kolam keseluruhan simen atau kolam berdindingkan simen tetapi dasarnya tanah yang dikenali sebagai kolam TASI (tanah +simen). Kolam TASI sesuai dibina bagi tanah yang mempunyai dasar tanah liat bagi mengelakkan air diserap.


KOLAM KANVAS

Kolam kanvas merupakan kolam paling terkenal digunakan penternak LAT di Malaysia. ianya popular disebabkan ia sesuai bagi mereka yang tinggal  di kawasan perumahan, tanah yang disewa, kawasan terhad atau mereka yang buat secara kecil-kecilan. ianya ringan dan mudah untuk dipindah tempat tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Selain itu, kolam ini mudah untuk disimpan apabila tidak digunakan kerana ianya boleh dilipat. 

Kekurangan kolam ini pula adalah ketahanannya yang kurang, dan harga kanvas bergantung kepada saiz dan kualiti, kanvas yang berkualiti datang dengan harga yang agak mahal.


KOLAM TANAH

Kolam tanah sesuai dibina dikawasan rendah, yang mempunyai sumber mata air. Kolam ini mempunyai kadar pertumbuhan organisma kecil yang tinggi kerana sifat semulajadi kolam, yang boleh menjadi sumber makanan kepada LAT. Sehubungan dengan itu, LAT dapat membesar dengan lebih baik. 

Kekurangan kolam ini pula ialah LAT lebih terdedah kepada haiwan pemangsa. Selainsukar untuk memantau keadaan LAT didalamnya.



SUMBER AIR TERNAKAN


Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai, bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga), ataupun air paip. Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.

  • Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin jika menggunakan sumber air paip.
  • Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius
  • pH air sesuai 7-8.5.

Dissolved Oxygen (DO) ataupun oksigen terlarut dalam air perlu melebihi 5ppm untuk menjamin LAT hidup dengan selesa. Bantuan pam pengudaraan diperlukan jika paras oksigen terlarut rendah. Selain itu, penternak juga boleh meletakkan batu-batu atau apa-apa tempat memanjat yang boleh digunakan LAT untuk mengambil udara di permukaan air.


PERALATAN KOLAM TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

Contoh sistem ternakan LAT

Untuk kolam ternakan yang dibuat selain daripada kolam tanah, penjagaan air ternakan sangat penting supaya LAT dapat membesar dalam keadaan optimum dan sihat. Pam air digunakan untuk mengalirkan air ke bahagian penapisan (Filter) untuk menapis kotoran yang terhasil daripada najis dan lebihan makanan• Selain itu, penggunaan pam air juga dapat menaikkan kandungan larutan oksigen terlarut di dalam air.

Guna pam pengudaraan jika kandungan oksigen terlarut kurang dari 4ppm.

Selain itu, penggunaan net hitam untuk menutup kolam daripada panas supaya dapat mengekalkan suhu air pada julat optimum (25'c-28'c). Tempat terbaik adalah kolam yang dilindungi dari air hujan, tetapi pengudaraan yang baik, serta dapat di tembusi cahaya.


Contoh filter yang diletakkan bio-ring dibahagian bawah

PENAPISAN BIOLOGI

Pembunuh no.1 ternakan LAT adalah ammonia. Ammonia akan membunuh kesemua LAT yang diternak didalam kolam secara senyap. Ammonia wujud didalam air ternakan melalui proses semulajadi yang dikenali sebagai kitaran nitrogen hasil daripada najis LAT itu sendiri dan juga lebihan makanan yang diberikan. Sangat sukar untuk menentukan kewujudan ammonia kerana ianya akan hadir walaupun air ternakan kelihatan bersih dan jernih. Paras selamat untuk kehadiran ammonia didalam air ternakan adalah sifar (0ppm), bermaksud tidak boleh ada langsung kandungan ammonia di dalam air ternakan LAT.

Cara mengatasi masalah ammonia adalah dengan menggunakan filter biologi (biological filter) iaitu filter yang diletakkan dengan bio-ring yang akan menjadi perumah kepada bakteria nitrifying yang akan menukarkan ammonia menjadi nitrite (sama bahaya seperti ammonia) dan seterusnya menukarkan nitrite menjadi nitrate (kurang bahaya). Proses ini dikenali sebagai proses nitrifikasi (nitrification process).


PERALATAN MENGUJI PARAMETER AIR

Contoh Kit Ujian parameter air

Terdapat beberapa parameter air yang penting untuk dijaga sepanjang tempoh ternakan supaya LAT dapat membesar dengan kadar optimum dan yang paling penting untuk mengelakkan berlaku kematian kepada LAT yang diternak.

Kondisi parameter air yang teruk akan mengakibatkan kematian LAT pada jumlah yang banyak akan merugikan penternak itu sendiri.

Antara parameter air yang penting untuk dijaga adalah seperti berikut:

  • Ammonia = 0ppm
  • nitrite = 0ppm
  • nitrate = 20ppm dan kebawah
  • PH = 7-8.5
  • Suhu = 25-29 darjah celsius
  • Oksigen Terlarut (DO) = 5ppm dan ke atas


AMMONIA / NITRITE / NITRATE

Ammonia, nitrite dan nitrate boleh diuji dengan menggunakan kit ujian digital, kit ujian jalur celup (dipping strip), dan juga kit ujian jenis cecair. Kit ujian menggunakan cecair antara yang paling popular digunakan kerana ianya mudah serta hasil keputusannya yang tepat. 

Bacaan parameter air yang bagus adalah Ammonia (0ppm), nitrite (0ppm), dan nitrate (kurang dari 20ppm)


PH TESTER

Kit ujian untuk menguji PH juga datang dengan pelbagai jenis iaitu kit ujian digital, kit ujian jalur celup (dipping strip) dan juga kit ujian jenis cecair. Kit ujian digital dapat memberikan bacaan yang tepat dan cepat tetapi perlu dikalibrasi pada tempoh penggunaan tertentu. Kit ujian jalur celup (dipping strip) yang juga dikenali sebagai Litmus Paper adalah yang paling murah dan memberi bacaan yang boleh dipercayai.

Bacaan PH yang bagus untuk air ternakan adalah didalam lingkungan 7 hingga 8.5


SUHU

Suhu air ternakan boleh ditentukan dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai thermometer. Terdapat thermometer jenis digital dan juga kaca yang menggunakan merkuri. Setiap jenis thermometer boleh menghasilakan bacaan yang boleh dipercayai cuma harganya sahaja yang berbeza-beza mengikut ciri-ciri tambahan yang ditawarkan.

Bacaan suhu air yang terbaik untuk ternakan LAT adalah dalam lingkungan 25 hingga 29 darjah celsius.


OKSIGEN TERLARUT (DO)

Kebiasaannya oksigen terlarut ditentukan dengan menggunakan kit ujian digital supaya dapat menghasilkan hasil bacaan yang tepat, tetapi ianya datang dengan harga yang agak mahal.

Terdapat kit ujian oksigen terlarut dalam bentuk cecair yang datang dengan harga yang lebih murah tetapi mempunyai jumlah penggunaan yang terhad.

Bacaan oksigen terlarut di dalam air ternakan yang bagus adalah melebihi 5ppm.



PEMBERIAN MAKANAN

Pallet tenggelam yang sesuai untuk LAT

Lobster Air Tawar merupakan sejenis haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan. Segala makanan yang tenggelam boleh dijadikan santapan lobster. Antara makanan popular yang digunakan penternak adalah hydrilia, kacang hijau, ubi kentang, isi ikan dan juga pallet tenggelam yang mengandungi protien tinggi.

Waktu malam LAT aktif iaitu antara 6 petang ke tengah malam, Masa ini yang terbaik untuk pemberian makanan. Makanan lengkap (vitamin, mineral) untuk Induk adalah penting, Beri pelet tenggelam / palet udang / pelet mengandung 28 % protein dan keatas, Sukatan pemberian makanan adalah 3 % dari berat badan sehari.

Pemberian makanan juga biasa dibuat 2 kali sehari iaitu pada waktu awal pagi dan juga waktu petang pada pukul 6 petang dan keatas. Pemberian makanan haruslah dikawal dengan cermat, jika berlebihan akan menyebabkan berlakunya kenaikan ammonia dan memburukkan kondisi air ternakan.


PEMBERIAN MAKANAN PELET TENGGELAM

Makanan pelet tenggelam

Makanan pelet yang biasanya digunakan untuk makanan udang dan ikan diperbuat dengan mencampurkan bahan-bahan tertentu seperti tepung ikan (fish meal) untuk protein, tepung sagu untuk karbohidrat, dan bahan-bahan lain untuk lemak, serta garam mineral.

Terdapat dua jenis pelet yang popular untuk digunakan iaitu pelet jenis timbul (sesuai untuk ikan) dan pelet jenis tenggelam (sesuai untuk udang). Pelet dihasilkan dan dijual dengan kandungan protein yang berbeza-beza seperti 30% protein, 40% protein, dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda pemberian makanan pelet secara berlebihan antara penyebab utama ternakan LAT anda mati?




Makanan pelet tenggelam


KELEBIHAN PEMBERIAN MAKANAN PELET

Makanan pelet adalah alternatif makanan kepada ternakan air tawar yang bagus kerana ianya dapat memberikan zat nutrien yang seimbang serta harganya lebih murah jika dibandingkan dengan makanan hidup atau mentah seperti anak ikan, isi ikan dan sebagainya.

Selain itu, fakta nutrisi yang berbeza - beza yang ditawarkan untuk setiap jenis dan jenama pelet membuatkan kita mudah untuk memilih pelet manakah yang terbaik dan sesuai untuk setiap jenis ternakan air kita. Sebagai contoh, kita memerlukan pelet yang mempunyai kadar protien tinggi dan mineral yang lengkap untuk anak benih LAT tetapi memerlukan pelet pada kadar protein yang semakin rendah apabila LAT semakin membesar.


PEMBERIAN PELET SECARA BERLEBIHAN MEMBUNUH

Lat yang mati akibat keracunan Ammonia

Pemberian makanan pelet kepada ternakan secara terkawal dan mengikut kuantiti yang betul dapat membantu tumbesaran LAT yang baik. Tetapi jika pemberian makanan secara berlebihan dan tidak mengikut sukatan yang betul akan membuat ternakan LAT anda menjadi lebih teruk dan mati.

Ini disebabkan setiap lebihan sisa makanan yang tidak dimakan mempunyai kandungan protein didalamnya. Kandungan protein inilah yang akan bertukar menjadi ammonia, danammonia inilah yang akan  membunuh semua ternakan anda secara senyap.

Lebih memburukkan keadaan jika kandungan protein didalam pelet tersebut semakin tinggi, maka ammonia yang akan terhasil juga semakin banyak.


ADAKAH PELET SAHAJA YANG MENGHASILKAN AMMONIA?

Semua jenis makanan akan menghasilkan ammonia selagi ianya mempunyai kandungan protein didalamnya tidak kira la ianya dalam bentuk pelet atau tidak. Cuma yang membezakan setiap makanan adalah jumlah ammonia yang akan terhasil akan mengikut jumlah protein yang terkandung di dalam makanan tersebut.

Kandungan total nitrogen (ammonia, nitrite, nitrate) yang akan terhasil berdasarkan kandungan protein didalam makanan boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

  • Total Nitrogen = Protein % x 15.5 % x weight (kg)
  • Contoh pelet 100kg (40% protein)
  • Total Nitrogen = 40% x 15.5% x 100kg
  • Total Nitrogen = 6.2kg

Berdasarkan formula yang diberikan dapatlah kita kira berapa jumlah total nitrogen (ammonia, nitrite, nitrate) yang akan terhasil berdasarkan kandungan protein dan berat sisamakanan tersebut.

Sebagai contoh sisa makanan (40% protein) seberat 10 gram pada kolam berkapasiti 1000 liter akan menghasilkan ammonia sebanyak 0.62mg/l.

Jika anda mempunyai kolam berkapasiti 1000 liter dan mempunyai lebihan makanan pelet (40% protein) sebanyak 10 gram. Itu sudah cukup untuk membuat ternakan LAT andabermasalah kerana ammonia mestilah dibawah paras 0.25mg/l atau yang paras paling bagus adalah 0mg/l.

Kesimpulannya, Pemberian apa jua jenis makanan yang mempunyai kandungan protein seperti pelet memang membunuh jika anda memberikannya dengan sukatan tidak betul dan berlebihan.

Cara mengatasi kenaikan ammonia di dalam air adalah dengan mengawal pemberian makanan dan juga ammonia boleh dikawal dengan menggunakan penapis biologi (bio-filter).


TEMPAT PERSEMBUNYIAN

Contoh tempat persembunyian LAT

LAT adalah haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam dan lebih banyak berehat serta menyorok pada waktu siang. Selain itu, tempat persembunyian juga penting bagi LAT ketika proses bersalin kulit yang baharu, ketika ini LAT dalam keadaan lemah dan terdedah kepa da haiwan pemangsa lain.

Contoh tempat persembunyian adalah pokok air seperti keladi bunting, hydrilia, kangkung, dan juga barangan seperti paip pvc dan kayu yang yang mempunyai ruang untuk lobster air tawar masuk dan menyorok.

LAT spesies Red Claw ini agak agresif dan akan menyerang serta memakan spesies sejenisnya jika terlalu lapar. Paip polivinil klorida (PVC) perlu digunakan untuk tempat LAT berlindung terutama waktu bersalin kulit kerana LAT berada pada keadaan lemah dan mudah untuk diserang LAT yang lain sementara menunggu kulit yang baharu mengeras.




induk LAT jantan yang sihat dan aktif


PEMILIHAN INDUK BERKUALITI

UNTUK PEMBENIHAN


Memilih induk yang baik adalah penting supaya dapat

menghasilkan benih LAT yang berkualiti. Benih yang berkualiti

mempunyai kadar tumbesaran yang baik dan daya tahan

penyakit yang tinggi. Tips memilih induk berkualiti adalah

seperti berikut:


Pilih induk yang pertumbuhannya paling cepat, bentuk

tubuhnya lebih gemuk dari yang lain.

Pilih induk yang punya nafsu makan besar.

Pilih induk yang gerakannya lincah dan sihat.

Pilih induk yang badannya warna cerah.

Perhatikan jenis kelamin. Jangan pilih yang pondan atau

mempunyai 2 kelamin, ia boleh di lihat pada alat kelamin

jantan tidak terlalu menonjol dan warna merah sepitnya

tidak terlalu cerah.

Jangan pilih yang berkepala besar dan tubuh kecil kerana itu

tanda kurang makan.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 34


LAT mengawan jantan diatas dan betina dibawah


PROSES MENGAHWINKAN

INDUK LAT


Untuk perkahwinan yang ideal dan 70% berhasil, nisbah 2:3

digunakan iaitu setiap 2 ekor induk jantan akan diletakkan

bersama dengan 3 ekor induk betina. Seeloknya perkahwinan

dilakukan secara berkumpulan, ini kerana semakin banyak

pasangan akan menjadi semakin produktif. Hal ini disebabkan

induk betina akan memilih jantan untuk dijadikan pasangan.


Selain itu, ukuran saiz induk jantan seharusnya lebih besar

daripada induk betina. Tempat mengawan juga perlu

mempunyai tempat persembunyian yang cukup besar untuk

memuatkan 2 induk pada satu-satu masa. 


Tutup tempat mengawan dengan penutup yang tidak tembus

cahaya kerana LAT lebih gemar mengawan dalam keadaan yang

gelap.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 35


Induk betina sedang mengendong telur yang hampir menetas


PENJAGAAN INDUK BETINA

BERTELUR


Pada peringkat awal pengeraman, induk yang sedang

gendong telur melipatkan ekornya erat ke bahagian dalam

untuk melindungi telur . Telur LAT berbentuk oval, diameter 0.1

inci dan telor perlu di eram selama 4 – 6 minggu. Induk bertelur

perlu diasingkan ke bekas yang lain untuk mengelakkan ianya

diganggu oleh LAT lain. Bekas bersaiz 50 x 50cm boleh diisi

dengan 2 ekor maksimum dan harus memiliki jumlah tempat

persembunyian lebih banyak dari jumlah induk yang bertelur.


Kebersihan kolam dan air ternakan terutama dibahagian dasar

harus dijaga dengan baik. Jika kotor dan sisa makanan

mengendap di dasar kolam maka akan menggalakkan

pertumbuhan parasit dan kulat. Parasit dan kulat ini akan

menjakiti LAT dan juga telurnya seterusnya akan membuatkan

telur LAT tersebut busuk dan rosak.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 36


Telur LAT yang sudah menjadi anak benih


PENEMPATAN INDUK BERTELUR


Induk bertelur dialihkan ke penempatan khas supaya dapat

menjamin proses pengeraman telur berjalan dengan baik dan

menjamin peratusan kejayaan anak benih menetas yang tinggi.

Terdapat 2 kaedah penempatan induk bertelur iaitu seperti

berikut:


1. Penempatan Solo - menempatkan hanya 1 ekor induk bertelur

dalam 1 bekas. Sebaiknya bekas tersebut bersaiz minima 1 x 1

kaki.


2. Penempatan Berkumpulan - menempatkan beberapa induk

dalam 1 kolam dan induk tersebut perlu mempunyai umur telur

sama (min beza 10 hari) Utk menjamin penetasan telur sekata

dan memudahkan proses menuai anak benih.


Sebaiknya Induk bertelur dipindahkan ke tempat pengeraman

ketika telur memasuki minggu kedua (telur warna coklat)

kerana induk betina sudah tidak dijaga oleh jantan. Proses

pemindahan haruskan dilakukan dengan berhati-hati supaya

induk betina tidak melibaskan ekornya yang akan

mengakibatkan telurnya gugur.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 37


MINGGU PERTAMA


Telur LAT pada minggu pertama berwarna kehijau-hijauan.

Tidak digalakkan untuk memindahkan induk bertelur pada fasa

minggu pertama ini kerana telur masih baharu dan tidak

cukup kuat. Kebiasaannya pada minggu pertama ini induk

jantan masih lagi bersama dengan induk betina.


MINGGU KEDUA


Telur yang disenyawakan dengan baik akan beubah warna

menjadi oren atau coklat muda pada minggu kedua. Pada ketika

ini sudah boleh untuk memindahkan induk bertelur ke tempat

pengeraman yang berlainan, untuk mengelakkan ianya diganggu

oleh LAT yang lain.


MINGGU KETIGA


Pada minggu ketiga telur akan berubah menjadi warna oren atau

coklat gelap dan sudah mula kelihatan bintik2 hitam pada setiap

telur. Bintik hitam tersebut hasil daripada mata anak benih yang

sudah mula terbentuk.


MINGGU KEEMPAT


Pada minggu keempat, organ serta anggota badan anak benih

sudah mula terbentuk lengkap. Telur kelihatan seperti berbulu

disebabkan pembentukan sesungut anak benih yang terkeluar

daripada telur.


MINGGU KELIMA


Pada minggu kelima, anak benih sudah terbentuk sempurna dan

sudah mula bergerak-gerak. Pada fasa ini, anak benih sudah

bersedia untuk dilepaskan dan turun daripada induk betina. Anak

benih akan dilepaskan secara berperingkat mengikut tahap

kematangan anak benih.


Anak benih LAT bersaiz 1 inci


PEMBESARAN ANAK BENIH LAT


Anak benih yang sudah turun daripada induk betina


sebaiknya diasingkan ke tempat yang baharu untuk


mengelakkan ianya dimakan oleh ibunya. Tempat pembesaran


anak benih yang baharu tersebut haruslah mempunyai kualiti


air yang bagus serta mengandungi kendungan larutan oksigen


yang tinggi. Ini supaya untuk mengurangkan kadar kematian


anak benih yang baru menetas tersebut. Kematian anak benih


biasanya berpunca daripada kualiti bacaan parameter air yang


teruk, jangkitan parasit/bakteria, dan juga suhu air yang tidak


sesuai.


Anak benih akan menjalani proses molting (salin kulit) yang

kerap untuk membesar. kualiti air yang tidak bagus akan

mengakibatkan anak benih gagal molting dengan sempurna

dan mengakibatkan kematian.


Anak benih perlu diberi makanan yang tinggi kandungan

protein supaya dapat membesar dengan optimum.

Kebiasaannya anak benih akan diberi pallet tenggelam yang

bersaiz kecil dan juga bloodworm


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 39


Penyakit ekor melepuh


PENYAKIT LAT DAN CARA

MENGATASINYA


Salah satu penyakit yang biasa menyerang LAT ialah ekor

melepuh (Haemorragil septicacaemia) yang disebabkan oleh

bakteria Aeromonas hydrophila. Bakteri itu masuk melalui ekor

yang sering menyentuh dasar kolam dan seterusnya menembus

sistem kekebalan tubuh LAT dan membuat darah keluar

melalui pori-pori. Akibatnya, ekor lobster dipenuhi bisul berisi

nanah. Punca utama penyakit ini disebab dasar kolam kotor

dan kualiti air yang teruk.


Cara mengubat dengan cara memicit, hingga cairan yg ada

pada ekor keluar, kemudian bersihkan cairan tersebut agar

bekas luka dapat di beri ubat luka Antiseptic Betadine. LAT

yang terkena penyakit ekor melepuh harus diasingkan segera

untuk mengelakkan ianya berjangkit ke LAT yang lain. Selain

itu, dasar kolam harus dibersihkan daripada kotoran dan sisa

makanan serta menjaga kualiti air ternakan.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 40


LAT yang diserang parasit Branchiobdellida


Selain daripada penyakit ekor melepuh, LAT juga sering

diserang parasit yang akan hidup di badan atau diatas kepala

LAT. Parasit ini jika dibadan masih lagi kurang bahaya, tetapi

jika ianya sudah masuh ke bahagian kepala dan sistem

pernafasan boleh menyebabkan kematian terhadap LAT yang

dijangkiti. Antara parasit yang popular menyerang LAT dikenali

sebagai Branchiobdellida (mempunyai rupa seperti cacing

halus berwarna putih)


Antara kaedah untuk merawat LAT yang terkena jangkitan

parasit adalah dengan merendam LAT kedalam larutan air

garam. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk

rendaman air garam seperti merendam LAT yang terkena

jangkitan kedalam air garam pada sukatan 15 gram garam

untuk 1 liter air (15ppt) selama 3 jam. Selain itu, LAT juga boleh

direndam dalam air garam dengan sukatan 30 gram garam

untuk 1 liter air (30ppt) untuk tempoh masa 15-20 minit sahaja.


Kaedah rendaman garam ini berkesan untuk merawat dan

membunuh pelbagai jenis jangkitan parasit pada Lobster air

tawar.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 41


LAT yang memanjat tunggul kayu


CARA MENGATASI MASALAH

KETIADAAN ELEKTRIK


Ada beberapa kaedah yang mudah untuk dipraktikkan untuk

mengatasi masalah ketiadaan elektrik. Antara yang paling

mudah untuk dilakukan adalah dengan mengurangkan

ketinggian air dalam kolam sehingga permukaan air dapat di

capai kepala LAT. Selain itu, Gantung jaring di tengah kolam,

atau letak apa-apa barang yang boleh digunakan LAT untuk

memanjat seperti batu, kayu, dan sebagainnya yang boleh

untuk digunakan LAT untuk mngambil udara dipermukaaan.


Untuk penternak dalam skala besar atau komersial, sebaiknya

mempunyai power generator untuk digunakan sekurang-

kurangnya menghidupkan pam pengudaraan oksigen supaya

dapat mengelakkan kadar oksigen terlarut jatuh mendadak dan

menyebabkan kematian LAT secara banyak.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 42


LAT diberi makan tumbuhan Hydrilia


PERSEDIAAN MENINGGALKAN LAT

UNTUK JANGKA MASA LAMA


Sebelum meninggalkan LAT untuk tempoh yang lama,

pastikan kualiti air dalam keadaan yang baik dan ganti air jika

perlu. Beri makanan hidup seperti Cacing Sutera, LAT tahan 3 -

4 hari tanpa makan. Jangan beri cacing sutera berlebih, jika

mati ia memburuk kualiti air. Awet cacing sutera dgn meletak

dalam piring, campur kerikil/pasir bersih, agar ia dapat

sembunyi dan bertahan lama, kerana ia tidak sekali habis di

makan.


Selain itu, tumbuhan hidup seperti kangkung atau hydrilia juga

boleh diberikan sebagai makanan LAT kerana ia mampu hidup

dan bertahan sehingga habis dimakan. Paras Air hanya 10 - 20

cm agar LAT dapat bertahan tanpa letrik waktu di tinggalkan.

Pastikan tiada LAT yg sakit, jika ada sila pindah dan

kuarantinkan di bekas yang berlainan, agar tidak menjangkiti

LAT yang lain.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 43


PERKARA PENTING DALAM

TERNAKAN LAT


PERANCANGAN VS MODAL


Setiap rancangan untuk memulakan ternakan lobster air

tawar hendaklah dirancang dengan teliti dengan

mengambil kira pelbagai aspek. Ini supaya setiap modal

yang dilaburkan mendapat pulangan yang cepat dan

setimpal. Sebagai contoh, tidak perlu menyediakan

peralatan yang canggih dan mahal dalam ternakan lobster

air tawar kerana akan menyebabkan modal permulaan

yang tinggi. Modal yang tinggi tidak menjamin keuntungan

malah akan mengakibatkan pulangan modal yang lambat

dan risiko kerugian yang meningkat.


PEMILIHAN SISTEM TERNAKAN


Sistem ternakan yang betul amat penting dalam ternakan

lobster air tawar. kesilapan dalam memilih sistem ternakan

akan mengakibatkan tumbesaran lobster air tawar menjadi

perlahan, penyelenggaraan air ternakan meningkat, dan

kadar kematian yang tinggi. Contoh sistem ternakan yang

baik adalah sistem yang mempunyai penyelenggaraan yang

mudah, senang dipantau, dan yang paling penting dapat

membantu tumbesaran lobster yang optimum.


PEMILIHAN BAKA / INDUK


Baka atau induk yang sihat, cukup sifat dan kuat dapat

melahirkan generasi yang tahan lasak, cepat membesar, dan

ketahanan terhadap penyakit yang tinggi. Pemilihan baka atau

induk yang kurang baik akan menghasilkan anak benih yang

mudah mati dan kadar tumbesaran lambat atau terbantut.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 44


PERKARA PENTING DALAM

TERNAKAN LAT


MEMAHAMI PARAMETER AIR


Setiap jenis hidupan air memerlukan parameter air yang

tertentu untuk hidup dalam keadaan sihat dan membesar

dengan baik. Antara parameter air yang biasa diuji

bacaannya dalam ternakan lobster air tawar adalah PH,

suhu, TDS, ammonia, nitrite, dan juga nitrate. Jika bacaan

parameter air tidak sesuai akan mengakibatkan lobster

lemah, mudah diserang penyakit, dan berakhir dengan

kematian. Penternak perlu memahami setiap parameter air

dengan baik termasuklah cara mengatasi dan memperbaiki

parameter air yang bermasalah


KEPERLUAN ASAS LAT


Lobster air tawar memerlukan keperluan asas yang

mencukupi untuk membesar dan berkembang biak dengan

baik. Antara keperluan asasnya ialah tempat untuk

berlindung kerana sifat semula jadi lobster ini yang suka

menyorok untuk mengelak dari pemangsa terutama ketika

baru lepas melalui proses salin kulit dan memerlukan masa

untuk kulit baru mengeras. 


MEMILIH STRATEGI SESUAI


Penternak  LAT tahu dan memlikih strategi ternakan yang

terbaik dan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.

Sebagai contoh, penternak yang fokus dalam penghasilan dan

penjualan anak benih memerlukan kos modal yang rendah

dan luas kawasan yang sedikit berbanding dengan penternak

yang fokus untuk menjual hasil LAT untuk tujuan konsumsi

yang memerlukan kawasan dan modal yang lebih besar,

tetapi akan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 45


KESILAPAN BIASA DILAKUKAN

PENTERNAK LAT


ASAS TERNAKAN YANG LEMAH


Ternakan lobster air tawar bukanlah suatu perkara yang

mudah jika tidak mempunyai pengetahuan asas yang

kukuh. Penternak baru wajib memahami mengenai perkara

asas seperti sistem ternakan, keperluan lobster air tawar

dan sebagainya. Kegagalan dalam berbuat demikian akan

mengakibatkan perkara yang biasa terjadi dikalangan

penternak baru iaitu kematian yang banyak dalam masa

yang singkat terhadap ternakan lobster air tawar mereka

dan mengakibatkan mereka menanggung kerugian yang

banyak.


PENJIMATAN YANG TIDAK PATUT


Dalam ternakan lobster air tawar, terdapat beberapa perkara yang

perlu dijaga dengan baik supaya dapat memaksimakan pengeluaran

hasil. Antaranya adalah parameter air ternakan dan juga

pemakanan lobster air tawar. Penternak yang berjimat dengan cara

menghadkan operasi sistem ternakan demi penjimatan elektrik

sehingga merubah bacaan parameter air ternakan dan memberi

makanan kurang nutrisi semata-mata mahukan penjimatan kos

makanan hanya akan merugikan penternak itu sendiri. Ini kerana ia

akan mengakibatkan tumbesaran lobster perlahan, mudah

mendapat penyakit, kadar kematian meningkat, serta pengurangan

hasil tuaian yang kritikal.


PERALATAN TERNAK TAK EFEKTIF


Untuk memaksimakan keuntungan hasil daripada ternakan

lobster air tawar, setiap peralatan ternakan yang digunakan mesti

beroperasi dalam keadaan paling efektif dan sesuai. Sebagai

contoh, pemilihan kolam ternakan mestilah mempunyai nisbah

kapasiti ternakan berbanding kos binaan yang terbaik. Kolam

yang dibina dengan kos yang tinggi tetapi mempunyai kapasiti

ternakan yang kecil hanya akan merugikan penternak kerana

terpaksa mengeluarkan modal pendahuluan yang tinggi tetapi

mendapat hasil yang sedikit.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 46


INFO TAMBAHAN


MANFAAT DAUN SIRIH


Daun sirih (Piper betle) terkenal sebagai ubat baik untuk

manusia mahupun untuk haiwan ternakan seperti lobster

air tawar. Pokok sirih sejenis pokok menjalar, yang

merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu.

Pokok ini berasal dari  Malaysia  dan kini boleh turut

dijumpai di  India,  Indonesia  dan  Sri Lanka.Daun sirih

mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun  Kaduk.

Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu

tradisional.


KELEBIHAN DAUN SIRIH


Daun sirih mengandungi minyak Atsiri dan daun sirih berasa pedas

mengandung chavicol C4H3OH, merupakan antiseptik kuat untuk

membunuh parasit terutama lchthyophthirius multifiliis. Sirih diguna

sebagai styptic (penahan darah) & vulnerary (obat luka kulit), juga

sebagai antioksida, antiseptik, fungisida & bakterisidal. Daun sirih yg

mengandung minyak atsiri digunakan untuk merawat LAT yang

dijangkiti parasit.


SUKATAN PENGGUNAAN DAUN SIRIH


Daun sirih perlu direbus untuk menghasilkan air rebusannya yang

akan digunakan untuk rawatan parasit. Ketika menggunakannya

perlu ambilkira ketahanan LAT terhadap air rebusan daun sirih,

konsentrasi yang terlalu tinggi beri kesan negatif kepada LAT. Cara

penggunaan untuk membunuh parasit lchthyophthirius multifiliis

pada konsentrasi 8.3 ppt daun sirih (8.3 gram daun sirih dicampur

dgn 1 liter air) , mortaliti 4 parasit lch mencapai 99 %. Sukatan juga

boleh dikurangkan kepada 6ppt dan rendaman LAT boleh

dinaikkan sehingga 12 jam.


INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 47


INFO TAMBAHAN


MANFAAT POKOK PANDAN


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis

tumbuhan tropika dalam keluarga  genus Pandanus  dan

digunakan dengan meluas dalam masakan di  Asia

Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun

panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu.

Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia

membiak melalui keratan.Pokok Pandan jarang terdapat

secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa

dalam masakan. Tahukah anda pokok pandan juga

mempunyai manfaat yang bagus dalam ternakan lobster air

tawar?


FUNGSI POKOK PANDAN DALAM TERNAKAN LAT


Pokok pandan yang diletakkan didalam air kolam dapat menyerap

nutrien seperti nitrogen (ammonia/nitrit/nitrat) dan phosphorous (P)

didalam air yang akan memperbaiki kondisi air ternakan LAT

menjadi lebih baik.Membekalkan oksigen terlarut didalam air pada

waktu siang.Mempunyai jangka hayat lebih lama daripada pokok air

yang lain seperti hydrilia, kiambang, keladi bunting dan sebagainya

(pokok yang mudah mati akan mereput dan mengakibatkan

kenaikan ammonia dan kerosakan air ternakan).Dapat

mengurangkan/mengelakkan pertumbuhan algae (punca air

menjadi hijau) seterusnya dapat menjernihkan air ternakan LAT.


Mudah untuk hidup dan membiak serta tidak memerlukan cahaya

matahari yang banyak (boleh hidup dikawasan yang terlindung

dari cahaya matahari)Mempunyai akar berserabut yang bagus

untuk menjadi tempat persembunyian anak benih terutama yang

baru menetas.Dan yang paling best iaitu selain ianya bermanfaat

kepada ternakan LAT, ianya juga bermanfaat kepada kita.

Daunnya boleh digunakan untuk pewangi dan juga boleh

digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak tanpa

perlu kita membelinya dikedai. Cara meletakkannya adalah

dengan meletakkan pokok pandan tersebut didalam pasu atau

bekas berlubang dan diletakkan batu kerikil atau ape2 batu untuk

menegakkannya seterusnya diletakkan di bahagian tengah kolam.

Elakkan daripada meletakkan tanah didalam pasu kerana ianya

akan mengotorkan air kolam.


PANDUAN MEMBUAT SISTEM TERNAKAN UNTUK PEMULA

Pemulaan yang bagus untuk anda yang ingin mula menternak LAT adalah dengan membuat sistem ternakan yang mudah dan menternak pada skala kecil dahulu. Ini supaya anda dapat mengimplikasikan teori yang telah dipelajari secara praktikal dan mendapat pengalaman yang berguna.

Menternak secara besar tanpa pemahaman teori yang bagus serta kekurangan pengalaman akan mengakibatkan penternak tersebut mengalami kerugian yang besar disebabkan sistem ternakan yang tidak berfungsi dengan baik dan kematian LAT yang tinggi.

Nasihat saya, mulakan ternakan LAT dengan sistem yang simple dan pada skala kecil. Apabila sudah yakin, barulah beralih kepada sistem ternakan yang lebih advance dan skala ternakan yang lebih besar.



https://anyflip.com/otaop/hfog/basic


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ternakan Lobster Air Tawar (LAT) - Kaedah Ternak"

Catat Ulasan