Durian Di Raja ASFA50


ASFA 50 BERUSIA 4 TAHUN

Baka Durian Di Raja ASFA50 yg tercipta dari kaedah Embryo Tissue Culture dan Bud Grafting

Merupakan yang pertama di dunia menggabungkan Baka Tembaga dengan Raja Kunyit, Duri Hitam dan Udang Merah sekaligus. Ia adalah satu2nya baka durian yg memiliki akar tunjang yang hanya memerlukan ruang 15kaki x15 kaki utk tumbuh subur dan segar.

Bilamana baka durian yg biasa adalah berakar rambut dan melebar sekitar 40 kaki x 30kaki

Baka Durian DiRaja ASFA50 dijangkakan akan mula berbuah seawal 3ke 4 tahun.

" Namun di atas kuasa Allah SWT, baka pertama yg kami tanam sehari selepas Pelancaran di Raja pada 18hb Mei, 2017( dua tahun dua bulan ) Sudah mula Berbunga...Subhanallah, Syukur Ya Allah Maha Pemurah Memberikan Nikmat Rezki yg Abadi.


Durian Diraja Asfa50 adalah kombinasi baka durian yang tahan lasak yang dikahwinkan melalui proses Bud Grafting dengan 4 baka durian premium & terbaik buat masa kini seperti Tembaga,Musang King, Duri Hitam & Udang Merah.

Proses penyatuan melalui Bud Grafting ini menjadikan Durian Diraja Asfa50 mudah ditanam oleh siapa sahaja

walaupun tanpa ilmu pertanian yang tinggi. Ianya mudah dan tidak cerewet.

Sebelum baka ini dikeluarkan untuk pasaran ianya telah melalui 7 tahun proses R&D sehingga mencapai beberapakaraktor unik seperti:-

  1. Maksima ketinggian pokok dijangka sekitar 10 - 12 kaki sahaja
  2. Mula berbuah seawal berumur 3 tahun berbanding yg lain 4 hingga 9 tahun
  3. Mampu berbuah 2 kali setahun
  4. Akar tunjang dijangka tidak akan merosak kan stuktur binaan sekira nya didalam kawasan perumahan terhad.
  5. Boleh ditanam dalam pasu besar sekiranya tiada kawasan untuk ditanam
  6. Bagi penanaman komersil, ianya hanya memerlukan jarak 15 - 20 kaki sahaja diantara 1 pokok ke 1 pokok yang lain berbanding 40 kaki kebiasaannya
  7. Jangka hayat pokok sekitar 30 hingga 40 tahun
  8. Memiliki 80% kandungan gas lebih rendah berbanding kebiasaan durian lain menjadikan durian ini kurang berbau dan dijangka tidak menjadi halangan jika dibawa masuk kedalam hotel maupun kapal terbang satu masa nanti

Untuk penanaman komersil, sebanyak 191 batang pokok boleh ditanam di tanah berkeluasan 1 ekar dengan kadar15 kaki diantara pokok

Rasa buah nya lemak kelemakan, manis yang tidak melampau dan bercampur sedikit rasa pahit yang memang sesuai dengan cita rasa pencinta durian. Warna tidak terlalu kuning dan tidak berbau kuat seperti durian yang lain.

Isi nya tebal dan mudah dimakan manakala bijinya kecil sahaja. Kulit buah durian ini nipis menjadi kan ruang nya dipenuhi isi sepenuhnya.

Buah Durian Diraja Asfa50 sudah pun di isytihar kan sebagai buah Diraja kedua selepas Mempelam Harumanis


Kredithttps://beritatvmalaysia.blogspot.com/2019/08/baka-durian-di-raja-asfa50-yg-tercipta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Durian Di Raja ASFA50"

Catat Ulasan