KANGKUNG

 


KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Kangkong
Nama Saintifik : Ipomea reptans

Jenis Kangkong :
Kangkong Darat : Daunnya panjang menirus
Kangkong Air : Daunnya bujur



Komposisi Nutrien :


KandunganAmaun/100g
Protein3.1 g
Karbohidrat3.6 g
Lemak0.2 g
Serabut 1.0 g
Kalsium 88.0 mg
Zat Besi5.2 mg
Fosforus29.0 mg
Kalium78.0 mg
Natrium65.0 mg
Karotena beta4760.0 ug
Vitamin B10.1 mg
Vitamin B20.6 mg
Vitamin C48.5 mg
Niacin0.6 mg
Tenaga29.0 Kcal
Air90.9 g
Abu1.2 g

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Lembut dan berwarna hijau .

Daun :
Berbentuk hati .

Bunga :
Berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya .

Buah :
Berwarna coklat kehitaman .

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
24 °C

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong

pH tanah :
5.5 - 6.5

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-5 tan/ha bagi tanah mineral. Baja organik diberi pada kadar 3-5 tan/ha.

Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih    : 30 kg
Rawatan biji benih      : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih.

Penanaman di ladang :
Cara menanam : Biji benih ditanam terus ke atas batas. Iaitu di dalam alur yang dibuat merintangi batas
Penjarangan     : Dibuat 10 hari selepas menanam
Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok

Pengurusan Air :
Kangkong memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dilakukan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis. .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis BajaKadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
Organik4.0- 1 * 
Gaul dalam tanah
Inorganik
0.52, 3Keliling pokok

* Satu minggu sebelum menanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/PenyakitSimptomCara Kawalan
Karat Putih (Albugo ipomoeae aquaticae)Kelihatan tompok-tompok putih di bahagian atas daunAmalkan tanaman giliran. Sembur racun mancozeb

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
30 hari selepas menanam .

Hasil (kg/ha) :
10,000 - 15,000

Cara memungut :
Pokok dicabut bersama akarnya .

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembersihan, penggredan dan pembungkusan .

Penyimpanan :
Pada suhu 1 - 3°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 minggu.

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/haRM 4,190 (Tenaga Upah)
RM 2,930 (Tenaga Keluarga)
Pendapatan Kasar/haRM 12,000 (@ RM1.00/kg)
Pendapatan bersih/ha RM 7,810 (Tenaga Upah)
RM 9,030 (Tenaga Keluarga)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KANGKUNG"

Catat Ulasan